Alhamdulillah.. masih bernyawa lagi…

Assalamualaikum kawan-kawan, lama sungguh tak update wp ni… Kesian Wp ni bersawang dah… Mungkin kerana tiada cerita … atau mungkin tak mahu cerita…. atau mungkin tak sempat nak cerita….

Sebenarnya takde ape nak cerita…. hehehehe … Kehidupan Yan kebelakangan ini seperti biasa … tiada yang luar biasa.. Kondisi kesihatan juga setakat ini baik-baik sahaja… Kelihatan sihat walafiat… Kondisi dalaman? Ada sikit terganggu.. Lately selalu rasa down…

Why? Banyak perkara…. Susah nak cerita… Yer… Tak mahu cerita… Tapi orang selalu tengok kita dari luaran aje kan? Kalau masih bernafas dan boleh berjalan ke sana ke mari … maknanya Yan okayla…

Yan sekarang sedang berusaha untuk mendapatkan seorang lagi baby… Girl sudah tentunya… Walau bagaimanapun usaha masih belum membuahkan hasil… Doktor Pakar Wanita pun Yan dah jumpa … adalah dlm 3 kali ambil ubat hormon… Doktor kata Yan mengalami sindrom PCOS … Yes… banyak daripada sindrom itu menepati keadaan Yan sekarang .

Mungkin nak cuba kuruskan badan… dengan bersenam ringan .. maybe… pasal dah rasa mcm tak bole pregnant dah… frust setiap kali buat test… I’m not pregnant tapi Yan juga tak datang bulan… Badan semakin naik … Argh tensi bila memikirkannya…. Nasiblah ada suami yang memahami…

Imran excited bila tiap kali Yan g klinik pakar tu… Dan everytime Yan kene baring dan scan rahim… Die ingat ade baby girl…. Argh… Die excited sgt… Yan si kecik Kikim , masih manja… So, adalah pengubat hati ni….

Emm.. setakat tu je lah kot untuk hari ini.. buat masa ini… hehehehe … bubye…

Comments (2) »

teruk nya saya

Assalamualaikum semua…

Dah lama tak menulis di sini. Kenapa? Yan takde hati nak tulis… plus.. takde ape nak cerita … menjahit pun dah lama cuti … takde masa… selalunya kalau dah memasak, yan tak usik mesin jahit. kalau dah menjahit, tak masaklah … teruk kan? memang…
Emm.. sekarang nak kata nak berhentikan hakim susu badan pun tak berapa usaha sbnrnya… nak biar die berhenti sendiri… susu pun dah tak banyak… tapi mamat tu memang kuat makan dan menyusu… bagi apa saja die makan je… pedas pun die ok… tapi takdela pedas sgt… kesian kat perut die tu…
lagi satu sebab malas nak update ni, Yan tak tau mana hilangnya icon nak letak gambar.. nak letak video.. hilang …macam mana… malas nak godek lelama … kalau sesiapa bole bgtau mcm mana nak timbulkan balik, pls let me know ya..
Adoi… kering idealah..nanti2 kita cerita lagi… tataaaaa

Leave a comment »

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda….

1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Leave a comment »

Empat Golongan Lelaki Yang Akan Ditarik Masuk Ke Neraka Oleh Wanita

1. AYAH

Seorang lelaki yang telah memberikan segala keperluan agama seperti didikan solat, menutup aurat dan sebagainya kepada anak perempuannya. Berusaha keras agar anak perempuannya hidup selesa dan berjaya dalam apa jua yang mereka lakukan. Tapi sayang anak-anak perempuannya pula tidak menutup aurat serta melakukan maksiat diluar pengetahuannya. Walaupun lelaki ini telah menunaikan segala tanggungjawabnya terhadap agama, lelaki berjasa ini tetap bakal bersama anak perempuannya ke NERAKA!

2. SUAMI

Seorang lelaki yang bersusah payah mencari sesuap nasi buat wanita kesayangan yang dikahwininya. Sebaliknya, isteri bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami serta tidak menutup aurat ketika keluar dari rumah. Ada juga isteri yang menutup aurat, tetapi keluar rumah diluar pengetahuan suami. Sekalipun lelaki bergelar suami ini soleh, dia tetap bersama isterinya ke NERAKA!

3. ADIK BERADIK LELAKI

Seorang lelaki yang kakak atau adik perempuannya yang belum berkahwin dijaga, dibantu serta dilindungi dari segala mara bahaya yang mendatang.. Kakak dan adik perempuannya pula tidak menutup aurat, keluar bermaksiat bersama bukan mahram, serta tidak menunakan solat. Lelaki ini bukan sahaja tidak mampu melindungi kakak dan adik perempuannya, bahkan akan turut menemani mereka di NERAKA!

4. ANAK LELAKI

Seorang lelaki yang menjaga ibunya, menunaikan segala suruhan serta taat kepada ibubapa dan agama. Malangnya si ibu tidak menutup aurat, tidak menjaga maruah diri dan agama. Ketahuilah bahawa anak lelaki kesayangan ini akhirnya besama-sama dengan ibu mereka di NERAKA!

Firman Allah S.W.T;

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” … { Al-Tahrim 66:6 }

Pesan Nabi: “Sampaikan walaupun satu ayat.” Sebarkanlah segala kebaikan yang kamu tahu, yang kamu pelajari. Jangan takut ilmumu berkurang. Malahan, makin bertambah dan berkembang. Sentiasalah berpesan-pesan pada kebaikan. Ingat, hidup kita tak lama. Bila-bila masa ajal boleh menjemput. Tiada cara lain, tanya pada diri, apakah persediaan yang telah dibuat untuk menghadapi mati?

Leave a comment »

Doa yang Yan baca satu ketika dulu….

Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Leave a comment »

lamenye……

Lamenye tak update kan? tak sempat nak mengarang cerita la.. tapi banyak perkara yang berlaku kebelakangan ni…

1) Kami dah dapat kunci rumah… 24 Mei 2011 lepas… dah nak sebulan kan.. operasi touch up rumah pun dah hampir siap..

2) Allahyarham bapa mertua Yan telah kembali kerahmatullah pada 19 Mei 2011 yang lepas.. Komplikasi jantung

3) My mum dah selamat menjalani operation tulang belakang pada 8 Jun 2011

4) lagi satu ni mesti korang tertanya-tanya… hehehehehe … belum … yan belum pregnant lagi… Alhamdulillah Hakim still breastfeed dah 20 bulan pun umurnya… keadaan pun tak meng izinkan Yan nak menambah zuriat…

ape lagi yer? adela… bende2 lain.. yang tak best dan terlalu peribadi untuk dikongsi umum… macam macam lah… sehingga kadangkala rasa tak termampu nak menanggungnya… tapi Allah takkan duga kita , melainkan kita mampu untuk menanggungnya…. InsyaAllah… semoga Allah permudahkan segala-galanya…

Nak tengok gambar ke? hahahaha?  nantilah ye.. bila rumah dah siap touch up… Till see ya then… tata…

Comments (4) »

EVERY MISTAKE YOU MAKE

People do make mistake.

People make mistakes to learn.

Making mistake makes people be more wiser, day by day.

So learn from your own mistakes, and others.

Learn to appreciate what you have now and strive hard to achieve your dream,
rather than mourning on what you fail to get in the past.

Learn to appreciate. Be thankful.

Always bare in mind, we don’t always get what we want.

Comments (6) »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.