Entry Rojak

Untuk pengetahuan kawan2 anak2 Yan masih lagi batuk dan kadangkala demam.. Ubat sentiasa diberi… kejap kebah, kejap panas… Ntahlah.. sehinggalah Sabtu lepas Yan pulak demam… bangun pagi sabtu tu, Yan rasa tak larat sangat… Mr. Hubby pun terus nak bawak ke klinik … sah… memang Yan demam… suhu badan Yan meningkat sehingga 39.5 darjah celcius… Aduh paling panas rasanya.. Masa tu anak2 Yan dah kebah demam nya.. cuma batuk dan selsema aje.. Yan request di hantar ke rumah Mama… Siapa lagi yang layak menjaga Yan ketika sakit? Hanya Mama… lepas amik ubat, kami sekeluarga ke umah Mama… sampai je rumah, Yan telan ubat2an … then dok rehat sementara tunggu Mama masak bubur…
Tetiba rasa loya… Nasib baik Mr. Hubby sempat ambilkan bekas untuk Yan muntah… Setelah puas muntah… baru lah Yan baring balik.. Adoi… batal pose Yan hari ni… Hajat di hati nak puasa penuh tak kesampaian… Nak buat cemane kan… dah tak sihat… so, seharianlah Yan di rumah Mama… Badan Yan sakit2 nak tido pun tak berapa selesa..Yan cuba telefon tukang2 urut yang biasa mengurut Yan… tapi 2-2 mereka tidak menurut pada hari tu… Argh…takkanlah Yan nak tanggung sakit ni… Malam, lepas waktu berbuka, Yan merayu pada Mama untuk urut … Mama tak larat… Lalu disuruhnya Bibiq… Bibiq ntah dalam keterpaksaan atau rela , mengurut satu badan Yan… Kuat betul urutannya … Tak puas hati kat aku ke? Tapi layan jelah… Sekurang-kurangnya dapat melegakan sakit2 badan Yan ni… Alhamdulillah… lepas urut Yan ok sket… Ikutkan rutin mingguan, memang Hari Sabtu kene g umah MIL.. tapi kali ni Mr. Hubby je balik.. So, lepas tu kami balik ke rumah sendiri…
Ahad pulak, bangun pagi, rase lemah badan dah berkurangan.. tapi masih tak puasa .. kene terus makan ubat… pasal demam batuk dan selsema tak baik lagi… Bile demam dah mula kebah, Yan mandi… Rase segar sket badan ni…Lagipun sebenarnya bila kite demam, elok kite mandi.. supaya panas badan kite berkurangan… selain letak kain basah atas kepala… dah tu petang sket ke rumah Mama… Hari Ahad, 14 september hari lahir Ammar… Tapi kesian die … Yan tak berapa sihat, Ammar pun tak sihat… Ingat nak celebrate birthday Ammar kat umah nenek je.. Beli la jugak kek… Nenek plak dah masakkan rendang ayam untuk makan dengan lemang… Nak dijadikan cerita dan membuatkan Yan hangin (terus baik demam) Mr. Hubby keluar rumah seawal 4 petang… ditugaskan untuk membeli lemang , air dan makanan sampingan.. tetapi tidak kunjung tiba kerumah sehingga hampir pukul 7… Imran pulak menambah kebengangan Yan denga melalak nakkkan Papanya… 2 kali Yan sms Mr. Hubby… 1 dijawab dengan panggilan telefon.. Yan tau Mr. Hubby di mana, sedang buat apa… Tapi Yan tahan rasa nak marah dengan hulur kepada Imran telefon tu … bira die dengar sendiri tangisan anaknya yang merdu tu.. Ingatkan die terus balik… Tapi nampak nya ade perkara lain yang lebih penting daripada keluarga kecil nya … Kali kedua Yan sms.. jawapan nya pendek… da gerak… dari mana? Kalau hanya beli juadah di pasar ramadhan kenapa sampai 2 jam lebih? Pleaselah MR. Hubby… if u read this… Saya bengang sangat…. Argh… sorry friends.. Yan teremo .. sebab dah lama makan hati… People always think I’m happy but only me and Allah knows ape sebenarnya yang terbuku di hati Yan ni… Maybe ade yang kata kat Yan, cuba bawak bincang, dah banyak kali bincang but still same … Hati ini juga yang sakit… Adakah perempuan ditakdirkan untuk disakiti, berkorban untuk orang lain, redha dengan apa yang terjadi.? ohhh… PLEASE … Sekadar untuk ingatn kepada mereka2 yang pernah menyakiti hati wanita yang bergelar isteri… Kesabaran seseorang itu ada hadnya… sehinggalah tidak dapat menahan lagi, sesuatu yang buruk akan terjadi… Yan cuma manusia biasa yang punya hati dan perasaan … Yan bukan sempurna Yan juga ada lakukan kesilapan dalam hidup.. Tapi teruk sangatkah Yan sehingga di sakiti begini….
Ade yan pernah terbaca … Allah takkan menguji seseorang melainkan Dia tahu, Umatnya itu mampu menerimanya… Yan bersyukur sehingga kini Yan mampu bertahan… 3 tahun… tak tahu sampai bila…
Kepada yang jelek dan benci membaca entry in sila abaikan… kerana ini adalah coretan dari hati Yan yang sedang berduka lara…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: