Archive for October, 2008

Bukit Tinggi – Padang – LCCT

Baru sampai Airport Padang..

Ha… Awal2 pagi kami semua dah bersiap nak balik Malaysia… Perjalanan ke Padang selama 2 jam .. jadi kite kene kuar hotel kul 4 pg… Singgah di Masjid untuk solat subuh dan teruskan perjalanan ke Airport Padang… Jam 8:30pg berlepas balik ke Malaysia… SELAMAT TINGGAL INDONESIA.. Alhamdulilah.. Kami selamat sampai pada pukul 10:30pg di LCCT … Sampai2 nampak anak-anak Yan dah menanti dengan Kakak & Abang Ipar Yan… Kesian Ammar sampai tetido menunggu… Imran seperti biasa terlompat2 nampak Papa die… Seperti yang Yan jangka, Ammar merajuk dengan Yan… bila Yan nak dukung die tak mau… Tapi, selama man aje pun rajuknye tu… Tak lama pastu dah ok dah… Manja betul…. (Ikut sape tu?)

Advertisements

Leave a comment »

KFC Bukit Tinggi

Takde ape nak cerita… Cuma nak kongsi kekaguman Yan masa menjejak kaki ke KFC di sana… KFC diorg ade SPAGETHI….Yan pun order la satu… Pastu kan dalam masa tunggu order siap, terdengar customer tu cakap …. ” dedek satu , dedek dua… ” sambil tengok menu… Hahaha…. Selama ni Yan panggil anak Yan DEDEK = AYAM/ DAGING AYAM? Kami dah takde ape nak beli, sementara tunggu waktu berkumpul semula sebelum balik ke Hotel, kami pun lepak la kat KFC ni….

Leave a comment »

Tasik Maninjau

Ade kisah untuk Tasik ini … Tapi tak taula betul ke tak.. Biasala… Kisah sumpah- sumpah ni … Nak cerita ke? panjangla .. Zaman dulu kala, ada 9 adik beradik lelaki semuanya… dan ade satu keluarga lagi ade sorang anak perempuan… Diorg selalu main-main sama.. Nak jadi cerita, yg anak pompuan (tak ingat nama) ni suka kat no.9 … Bila yang lapan beradik lain tu tau, diorang marah… (jeles la tu…) Sehingga meningkat besar, diorang ni masih lagi berkawan dan masuk hutan bersama-sama… Disebabkan hasad dengki dan sakit hati 8 beradik tu dah fitnah No.9 ngan budak pompuan tu ade wat bende tak elok … Jadik, bila orang kampung tau, diorg nak hukumla budak 2 orang tu… Hukumannya … ala2 buang daerah la gitu… Yang No.9 ni sedihla… Die pun dengan shahdunye berkata ..” Ya Allah, sekiranya ternyata apa yang abang2 ku katakan itu fitnah, kau jadikanlah mereka penunggu tasik ini…” Dan jadilah abang2 nya penunggu tasik…Yan tak pasti… Jadi ikan rasanya… Dan tourist guide tu kata, kadang-kadang orang kat situ boleh nampak ade orang melambai2 dari tasik tu… Rombongan kami hanya tengok tasik dari atas bukit tu… Boleh kalau nak g dekat, tapi kene lalu 44 kelok(jalan berliku) untuk sampai… Dan ikut pengalaman agent, ramai yang akan muntah2 dan pening bila sampai bawah… Jadik.. Tak sanggup beb… Sebab…. Lepas ni kitorang nak SHOPPING….

Leave a comment »

Hotel Campago – Bukit Tinggi

Pandangan dari Hotel

Inilah bas yang bawak kami jalan-jalan

Kami menetap di Hotel Campago.. Hotel ni letaknya kat pendalaman… Maksudnya dalam kampung.. Tapi, cantik macam hotel2 kat Malaysia gak.. Suasana kat sana sejuk … Macam kat Cameron Highland… Tapi kurang sket daripada Genting Highland.. Kalau pagi2 / malam Yan akan pakai selapis lagi baju… Supaya takdela menggigil … Pastu pakai stokin.. Dah tengahari , barula tak sejuk sangat… Sepanjang berda kat sana kami dijamu di restoran2 yang ada dalam perjalanan ke tempat2 yang kami lawat.. Tapi , Yan memang suka masakan Padang… Cuma lauknya tak panas… Dah sejuk…Masakan Padang, ade ayam ngan daging.. Pastu mesti ade sambal cili hijau ( sedap) masak lemak or sambal .. Kalau masakan Sunda, dihidang panas2…Macam ikan goreng tepung / sayur kangkung / ayam goreng / masak kari… Masakan Jawa (Indonesia) Yan tak berkenan sangat…Masa kat Bandung dulu, Yan pernah dihidang masakan Jawa… Aduh.. Yan hanya makan nasi dan tempe sahaja..Ayam penyeknye dihidangkan dengan rupa yang ….. tak tau nak cakap… Curiga pun ade…Iyela.. ade kepala sekali.. Takut nak makan… Bagi Yan yang tak gemar makan sayur nangka, bole la pulak dipelbagaikan masakan tu dalam sekali hidangan… Yan lebih rela makan pucuk paku / pucuk ubi… Pastu mesti ade masak lemak tak ayam / telur ayam / nangka… Tak ble BLAH… kepada yang tak berapa setuju..Ini adalah pendapat Yan untuk menggambarkan makanan di sana.. Takde niat nak kutuk2 ok…

Leave a comment »

Rumah Gadang (Rumah Besar)

Ni la Rumah Gadang… Rumah2 kecik kat kiri kanan tu tempat letak beras..
Pandangan dalam Rumah Gadang…

Tingkap yang senget…

Pengantin Lama….

Ha… Destinasi seterusnya, Rumah Gadang.. Kalau mengikut pemahaman dan tengok pun tau.. maknanya Rumah Besar.. Rumah ni dijadikan sebagai Muzium Orang Minang.. Ikut penerangan penjaga rumah tu, setiap inci pembuatan rumah ni.. ada maksud yang tersembunyi… Yan tak berapa ingat sangat… sebab banyak sangat.. Cuma kalau dah kata Yan ni Technician Bangunan.. Mestilah Yan ingat pasal struktur rumah tu… Rumah ni semua diperbuat daripada kayu yang bertanggam.. Maksudnya tak berpaku antara sambungannya.. Motif wat camtu, sebab kat negara diorg kan selalu gempa bumi, jadi bila adanya gempa, struktur rumah tu akan bergoyang ikut rentak gempa… Jadi takdelah runtuh… Tu yang tiang die nampak senget.. Dan paling ketara tingkap die pun senget… Dalam rumah tu ade banyak bilik dalam kedudukan sebaris… Pastu ade macam2 saiz.. Dari paling besar sampai paling kecik… Yang paling besar adelah untuk anak yang baru kahwin .. pastu akan pindah sehingga yang paling kecik… Ape tujuannya? Supaya yang dah lama kahwin tu mulakan hidup berdikari, keluar daripada rumah gadang. Macam tu lah ceritanya serba sedikit.. Dan kat Rumah Gadang tu ade sediakan pelamin minang… Yan ngan Hubby pun tryla baju pengantin diorg.. Hahaha… kalau tengok gambor tu … nampak sangat kitorg tak puas bersanding… Hahaha… Whatever ler… Janji Yan dah rasa pakai sanggul lintang tu… Berat tu…..

Leave a comment »

Air Terjun

Macam Yan tampal gambor Mr. Hubby je kat situ…

Dalam perjalanan ke Bukit Tinggi kami singgah kat Air Terjun ( lupa nama…) Kata pemandu pelancong tu, kalau basuh muka ngan air terjun tu, bole awet muda… Hahaha… Bole caya ke? Yan tak jejak pun kat air tu… amik gambor je lebih… Yan kan takut air sejuk…

Leave a comment »

Padang- Bukit Tinggi Sumatera Indonesia..

Lapar sudah…
Kat sini bumbung die mesti bentuk macam ni… Orang Minanglah katakan…

Papa, control perut sikit…

Apa yan buat kat sana? Honeymoon? Bole la kata begitu… Sebab kami pergi berdua je tanpa anak-anak… Seawal 5 pagi kami dah gerak dari Banting menuju LCCT .. Flight kul 7:50pg.. Sampai airport Padang kul 8:45pg waktu Malaysia… 7:50pg waktu Indonesia.. Cepat kan? Entah… pilot tu bawak laju kot.. Haha… Yan pun tak terasa lama dok dlm tu.. Berbanding ke Jakarta dulu… Lama sangat sampai perut pun dah berkeroncong… Kali ni Yan ikut group Mr. Hubby.. Destinasi pertama yang kami singgah adalah restoran … untuk minum2 sebagai lapik perut sebelum tengahari.. Kat sini makanan utama adalah masakan Padang lah kan… Pepagi dah ade nasik dan lauk2 macam2 jenis… Tapi Yan ngan Mr. Hubby hanya makan sikit sajer… Dalam 2 jam lagi dah nak makan tengahri..

Leave a comment »