Bibik oh Bibik

Girang walau demam….

Yan wat report kat sini…

Yan : Bibik ni … Kenapa tak call2 kite?

Mr. Hubby : A’ah la yang … Cuba call?

Yan : Nape tak ble call ni? Cemane nak tau die kat mane? dah sampai lum?

……………………..

Kalau u all sume nak tau… Bibik Yan dah pergi tak kembali… Kalau meninggal, Innalillah… tapi die LARI…. Sabo jela…. Bengang betul Yan.. Ceritanya begini… Kami kasik die bercuti selama 2 hari … Patutnya die balik hari Ahad.. Tapi sampai malam kami tunggu die tak balik2… Yan tengok almari die masih penuh dengan baju… begitu juga kasut dan beg… Tapi , Yan hanya tengok tak pegang dan periksa

Hari Isnin, kami mengadu pada Agent… Agent nasihatkan tunggu 1 hari lagi… Mungkin die nak cuti lebih…

Selasa, Yan terpaksa amik EL sebab Imran demam dan Ammar takde siapa nak tolong jaga (Mama ade pemeriksaan rutin kat Hospital Klang) Agent telah maklumkan pada pihak Imigresen untuk menyekat die sekiranya die cuba keluar dari Malaysia…

Rabu, Yan & Mr. Hubby buat laporan polis untuk membatalkan permit dan sekiranya berlaku apa-apa pada die , kami tidak akan bertanggungjawab..

Khamis, Yan selongkar almari die dan jumpa beg yang Yan sangka kosong telah siap berisi pakaian… Barulah Yan dapat kaitkan dengan perangai Bibik yang pelik sebelum kami menghantar die ke Bus Station…

Flash back…..

Masa Yan nak mandi, Yan perasan Bibik sambil kelek Ammar berdiri depan pintu belakang… Die bukak pintu belakang… Yan tak syak lagi… Masa Yan mandi, Yan dengar bunyi kunci rumah dan bunyi orang bukak pintu dan grill.. Lepas Yan habis mandi Yan mintak Mr. Hubby periksa pintu belakang … (Mr. hubby lupa nak bagitau kat Yan… Die ingat dah bagitau…) Pintu tu tak berkunci…

Adoiya…. Kenapa la Mr. Hubby tak bagitau? Yan agak bengang dengan die masa dapat tau… dah telambat… Kalau die bagitau masa tu, Yan mesti dah soal bibik kenapa die buat macam tu… Mr. Hubby boleh pulak blur… dan ingat die dah bagitau Yan? Tapi semua dah berlaku… Sehingga hari ini… semasa post ini di taip dan di publish pada umum…Masih belum ade apa-apa berita…

Bibik tidak membawa sebarang dokumen perjalanan… Hanya membawa duit .. Yan tak tau ape yang telah terjadi pada die… Mungkin telah ditangkap pihak berkuasa (kerana tiada dokumen pengenalan diri) Mungkin telah selamat naik tongkang HARAM … Mungkin masih selamat berselindung .. Yan tak tau…

Kalaupun die masih berada di sini, dan telah ditangkap, Yan tidak akan ambil die semula… Kerana die telah mengkhianati kepercayaan kami sekeluarga… Sekali die buat … mesti die akan buat lagi… Ini adalah pengalaman yang Yan terima pertama kali mengambil PEMBANTU RUMAH…
WAJARKAH die mengkhianati Kami setelah kami bertolak ansur dengan die dalam banyak perkara? Sesungguhnya Yan dapat simpulkan… Kalau ade rakan2 yang nak amik Pembantu, JANGAN BAGI MUKA LANGSUNG , JANGAN KESIAN KAT DIE, JANGAN PERCAYA SANGAT, JANGAN LAYAN MACAM KELUARGA, LAYAN DIE SEBAGAI PEMBANTU RUMAH, JANGAN BAGI DIE BERHUBUNG DENGAN ORANG LUAR..
MEREKA SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN DI ATAS KEBAIKAN MAJIKAN
ALAHAMDULILLAH… ade hikmah disebalik apa yang terjadi… Yan bersyukur die tidak meninggalkan Ammar keseorangan di rumah .. Die tidak mengambil apa-apa barang Yan sekeluarga … Die tidak mengapa-apakan anak-anak Yan semasa die jaga…
Terima kasih kepada die yang telah 5 bulan membantu Yan mengurus kerja rumah dan menjaga anak Yan (ADIK) .. Terima kasih kerana pergi kerana sekarang anak Yan dah boleh menerima orang lain … Terima kasih juga kerana situasi ini mengeratkan ikatan Yan dan Dedek…
So, life must go on… Tak tau la ape step lepas ni… cuma Yan akan hantar semua pakaian die ke rumah Agent… terpulang pada agent.. Anak2 Yan sekarang tengah demam… Dedek paling teruk sebab die juga batuk dan selsema… Imran demam juga … bertambah merengek lah mereka … Yan sering tak cukup tidur sebab Dedek bila batuk (mungkin sakit tekak sangat) die menangis … Ambil masa gak nak redakan tangisan die…
Thanks to Mr. Hubby yang membantu… Sekarang kerja rumah Yan buat malam hari… kengkadang Yan penat sangat, tangguh esoknye… Lama-lama Yan biasa lah kan… Cuma sekarang susah sebab anak2 tengah demam… Kalau tak , mesti diorg okay punye…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: