Entry yang buat Yan menangis

Kenapa Yan menangis? Yan pun pernah mengalaminya… Pernah dituduh Queen Control… Pernah dikata pemalas … Lama juga kesedihan terpendam di dalam hati… Pernah juga diluahkan… Namun….. So, bacalah luahan seorang SUAMI yang meruntun hati dan perasaan Yan pada pagi ini… Kepada Viruspadu.. sorry masukkan entry En. Laloque.. Kepada yang kurang faham, bleh baca kat http://viruspadu.blogspot.com

Hari ni aku benar-benar terasa hati. Apa salah dan dosa isteriku sampai dia dimalukan begitu. Dihina, dicerca sebegitu rupa. Kalau dahulu soal arwah anaknya, kemudian hukum-hakam auratnya dan sekarang perihal peribadinya!!. Memang… memang aku tidak dapat memaafkan perkara ini!!Kenapa perlu dikhuatirkan soal layannya kepadaku. Aku sebagai suaminya tidak sekelumitpun pernah terasa hati mahupun kecewa dengan segala tingkahlakunya. Setiap nafasku merupakan redhaku buatnya. Aku tidak fikir ada wanita lain dapat menggantikannya selamanya!Kenapa perlu dirisaukan sama ada dia masak atau tidak untukku di rumah; kerana aku sendiri yang ingin memasakkan makanan di rumah. Salahkan aku sebagai suami memasak dirumah??? Dayuskah aku kalau aku turun ke dapur untuk memasak??? Di Queen-control kan kah kalau aku gemar memasak di rumah???Iya!, Aku memang jahil bab agama… tetapi aku pegang satu hadis dari Nabi SAW:“Kewajipan seorang suami terhadap isterinya ialah suami harus memberi makanan kepadanya dan beri ia pakaian dan tidak boleh memukul mukanya dan tidak boleh memperolok-olokkan dia dan juga tidak boleh meninggalkannya kecuali dalam tempat tidur (ketika isterinya membangkang).”Dan itu yang aku lakukan… memberikan makanan kepada isteriku. Sama ada aku beli siap bermasak atau aku sendiri yang memasaknya. Dan dia sendiri sering juga memasak untukku. Bukan tidak pernah langsung!!Dan salahkah aku, kalau kebanyakan kerja rumah aku yang buat. Hilangkah kejantanan aku kalau aku membasuh dan menyidai kain??? Malahan Nabi SAW sendiri banyak membantu isteri baginda di rumah… Adakah hilang sifat kerasulan baginda???Aku punya isteri yang tidak secergas wanita lain. Beliau lembik. Beliau sering sesak nafas. Beliau mudah pitam. Mudah penat. Yang itu orang lain tak tahu dan aku yakin ramai yang tak mahu ambil pedulipun. Salahkah kalau aku berkongsi meringankan kerja-kerjanya itu.Hanya aku yang pernah merasa keresahan bila melihat dia sesak nafas. Terkocoh-kacah ditengah malam ke Hospital untuk mendapat rawatan. Hanya aku pernah merasa kengiluan bila melihat doktor terpaksa menambah 1 atau 2 pain darah padanya. Hanya aku yang pernah bersengkang mata menanti siang untuk melihat keadaannya.Sebagai suami, untuk membalas harga kepayahan… penderitaan… ketabahan isteriku itu… salahkah aku aku cuba membahagiakannya dengan memanjakannya??? salahkah aku buat semua itu demi satu PERKONGSIAN… kerana itu sebenarnya makna berumahtangga… PERKONGSIANAku masih ingat saat aku mengengam tangan tok Kadi… saat itu aku teringat sabda Nabi SAW:“Takutlah kepada Allah tentang wanita (isterimu).Sebab dia engkau ambil (kahwin) dengan amanah daripada Allah.”
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: