Selamat Ulangtahun Yang!

Selamat Ulangtahun buat Mr. Hubby… Sorry tak dapat menyambut dengan penuh semangat… kerana kesihatan yang tidak mengizinkan… Maybe En. Yasin boring je … bila bangun pagi tadi , takde ucapan Happy birthday kan? Tapi sang isteri mengejutnya bangun pagi seperti biasa… dengan ayat-ayat biasa… bukan ayat-ayat CINTA… Maaf, saya bukan seorang yang romantik tatkala tidak sihat… dan sebenarnya memang bukan jenis yang romantik…Namun saya gagahkan juga untuk mengekspresikan hati saya buat masa ini…

Buat Suamiku Mohd Yasin Alwi

Yang lahir pada 1 April 1981

Ye, usiamu telah mencecah 28 tahun

Tiada hadiah yang terlintas di benakku

Maaf, tapi sesungguhnya ada juga niat dihati..

Bila tanya padamu, kau katakan ….nanti difikirkan

Bimbang juga… manalah tahu…

En. Yasin mahukan sepasang suite yang baru?

Aduh… harganya mencecah hampir 4 angka…

Set golf yang baru? sebatang sahaja sudah 4 angka

Kasut? sudah biasa…

Baju? sudah banyak…

susah sebenarnya nak fikirkan hadiah apa yang En. Yasin nak…

Tapi nasib baik En. Yasin seorang yang kesiankan isterinya…

nak menyambutnya ? Saya tak larat.. Lagipun..

En. Yasin sudah biasa tidak menyambut hari lahir beria-ia

Lain, sya selalu menyambutnya…

Jadi, saya rasa susah hati sekiranya tiada kek / hadiah / makan-makan…

Saya akan usaha… saya suka bagi sesuatu yang boleh dikenang..

Tapi apakah ia? Saya pun tak tau……. 😦

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: