Archive for May, 2009

Dah nak Mai Dah…

Apa yang dah nak mai tu? Our 4th Anniversary la… Nak bagi hadiah ape ye? Tahun lepas Yan cuma bagi bunga jer.. tahun ni? Emmm…. Fikir fikir fikir…

Advertisements

Leave a comment »

Hari Keempat

Yan dah kene selsema.. hidung asyik tersumbat… lebih-lebih lagi dok office yang ber air-cond (kalau takde air- cond panas la pulak) Rasa nak demam pun ade dah ni.. . Ops lupa nak melaporkan check up My Baby yang dah 17 minggu… Keadaannya sihat dan membesar dengan baik.. Tapi…. Uri / plasenta masih berada di bawah … My Baby berada betul2 atas uri die… Amboi … selesa sangat ke? Tolonglah pusing anak ku…

Pagi tadi, hantar Ammar, die nangis .. Pastu lagi tambah haru, Imran pun nangis.. Mengada sungguh.. dan kesekian kalinya Yan akan marathon stelah meninggalkan mereka….(macam manelah uri tak dok kat bawah je?) Emm.. balik nanti ape agaknye laporan terkini ek?

Leave a comment »

Hari Ketiga Di Taska

Seperti biasa … Tapi kali ni lain sket…
Kak Shely yang jemput budak-budak tu.. Awal dari pukul 5pm.. (Nampak sangat nak rembat anak aku ..hahaha) Laporannya :
1) Imran menangis masa diambil
2) Imran mengigau sebut “Papa” masa tido kat Taska
3) Imran tak nak minum dan makan

Adoi.. Yan sebenarnya tak setuju anak Yan diambil sebelum waktunya… Lebih-lebih lagi diorg kan baru lagi nak sesuaikan diri dengan tempat tu.. Parents Yan pulak dah bebel2 cakap macam-macam… Yan tertekan … Habis tu, Yan nak wat mcm mana? Adatlah bila dah masuk sekolah , ada peraturan, ade waktu-waktu yang ditentukan untuk makan or minum dan aktiviti2 lain.. Imran tu yang mengada-ngada sebenarnya… Kalau die ikut je cakap cikgu, die takkan kelaparan.. bukan Yan nak banding-bandingkan anak-anak Yan.. Tapi Ammar tu, makan minum apa aje yg orang bagi.. Jadik takde masalah nak jaga die.. Tido pun lama.. So, Yan tegaskan balik kat die die dan die, tolong bagi masa untuk Imran dan Ammar menyesuaikan diri..

Kenapalah die, die dan die ingat Yan ni tak sayang anak ? Ye, memang yan tak tunjuk, tapi, Yan faham anak-anak Yan.. Dan yan rasa, sudah tiba masanya Imran dan Ammar belajar bergaul dengan orang lain, belajar apa yang patut die belajar seperti kanak-kanak lain sebaya dengan mereka.. Cuma perlu sabar..

Bukan Yan nak cakap apa, Mama Papa dulu, tak hantar kami ke Taska masa kecik.. sebab Mama Papa ada pembantu kat rumah.. Kak Shely? Anak die yang sorang tu ? (die hantar rumah orang..) Abang Yan? Anak-anak die pun hantar rumah orang.. Jadik tak payahlah nak berbangga or nak memperkecilkan kami yang hanya dapat hantar kat Taska.. Mungkin mereka tak sedar.. hanya nampak yang buruk sahaja.. Cukup-cukuplah mengeluarkan kata-kata yang mendera hati dan perasaan … sekarang ni, Yan rasa tak nak bawak bebudak tu balik umah Mama.. Yela… takut Mama tension lagi… nanti Yan gak dipersalahkan… Uwaaaa….

* sorryla Yan tak de kekuatan nak cakap bende kat atas kepada die, die & die.. korang dan Mr. hubby je la yang terpaksa baca okay…

Leave a comment »

Hari Kedua di Taska

Ammar seperti biasa menangis pada mulanya.. Imran masih tidur.. Biasalah tu…
Dan laporan daripada Kakak Pengasuh… (Yan panggil Cikgu..)
1) Ammar senang nak jaga.. Die makan apa saja diberi
2) Imran tak nak minum dan makan
Emm… cemane nak buat dengan Imran ni?

Emm.. Mama dah balik umah.. kos keseluruhan RM 2800.00 ..
Keputusan ujian :
Tahap kolesterol Mama dah meningkat menyebabkan penyempitan saluran darah ke otak.
Pasal tu lah Mama selalu sakit bahagian belakang kepala.. Mama juga ada masalah darah pekat.. Itu yang Yan dengar dari Papa…
Sebelum balik, doc ade bekalkan Mama ubatan.. antaranya untuk cair darah…
Dan selebihnya Mama tak boleh tertekan … Kene banyak berehat.. dan dalam tempoh sebulan, kene wat pemeriksaan lagi.. kalau tanda-tanda sakit Mama tu dah nak berulang, cepat-cepat bawak ke HUKM.. Dan Mama sangat berpotensi untuk kene Strok..

Yan terpaksa redha dengan dugaan ini… Doakan Mama Yan dapat bertahan…

Maksud hadith nabi:” Bagi setiap penyakit itu ada penawarnya, apabila serasi penyakit dengan penawarnya, nescaya ia akan sembuh dengan izin Allah ”. ( Imam Muslim dari Jabir)

Leave a comment »

Imran & Ammar Ke Taska .. akhirnya…

Kami amik cuti rehat Isnin dan Selasa.. Sebab nak stanby lepas hantar anak-anak kat Taska..

Isnin (25/05/09)
Hampir tengahari baru sampai di taska.. mendaftar dan etc. ..
Keadaan di taska, ramai kanak-kanak yang umur lebih 2 tahun.. Rasanya Ammar yang paling muda.. Yan biar die bermain dengan budak2 lain… Tapi, Ammar agak sukar untuk bergaul sebab yang lain tu dah besar dan die tak pandai cakap lagi… Imran, boleh bergaul (main sama-sama).
Tiba masa nak meninggalkan diorg.. Ammar biasalah.. mesti menangis.. biasalah.. kene tinggal kat umah Nenek & Atuk pun die nangis lagi tiap2 pagi..jap lagi oklah tu…
Imran & Ammar .. hari pertama, passed…

Sementara anak-anak di taska, kami berkejar ke Bangi, bawak pakaian dan apa-apa keperluan untuk Mama dan Papa.. Sekejap je di sana… (dek kerana makcik2 Yan dah datang..) keputusan ujian belum dapat lagi.. Maybe malam baru doc. datang.. Lagipun kami kene segera balik ke Banting, untuk jemput Imran dan Ammar pukul 5:00pm.. Sepanjang perjalanan, masing-masing asyik tengok jam… takut terlewat.. takut anak-anak nangis bila kawan-kawan diorg dah balik… Macam-macam lah..
Sesungguhnya selangkah ajer kami keluar dari bangunan taska tu, macam-macam kami fikirkan… Tapi, kami tidak tunjuk sangat… Ye la, first time tinggalkan anak-anak dengan orang lain.. selain ahli keluarga … harus merisau terlebih kan…. cuba cakap, kat sini siapa tak risau? Tapi, kalau anda, kamu , korang melihat keadaan sebenar (sebenarnya Yan risau dengan perangai / aksi-aksi budak-budak lain kat taska tu…) mesti anda , kamu , korang berpandangan sesama sendiri dan terasa nak kelek anak korang bawak balik… Tapi, Yan takde pilihan… Yan dan Hubby sekarang sedang cuba REDHA…

Leave a comment »

Sambungan Peristiwa…

Ahad (24/05/09)
Hubby ada majlis perasmian ke attend.. Jadi, Yan bawak anak-anak g rumah Mama.. Rupanya Mama makin teruk.. Dan Mak Yin dan Mak Timah dari Bangi (adik Papa) ada dirumah..
Sebenarnya mereka memang selalu datang , just nak singgah .. kebetulan kali ni Mama tak sihat..
Mak Yin bekas nurse.. Jadik bila die tengok keadaan Mama, die cadang bawak g jumpa specialist… di An Nur Bangi.. Yan setuju apa yang terbaik… Cuma, ayat-ayat Mak Yin benar-benar terkesan dihati.. ” Aku tak nak korang semua nanti kesal… ” Yan tak sanggup nak dengar ayat-ayat selanjutnya.. Yan buat-buat sibuk layan anak-anak…Mama pergi pun Yan tak hantar.. Yan bawak Ammar dok dalam kete kat tepi rumah .. kasik die leka dan tak perasan Atuk Nenek nak keluar.. Yan cepat sedih..macam-macam bermain dalam kepala.. Tapi Yan tahan lagi…
Bila diorg semua dah pergi, Yan baru balik ..
Sepanjang hari, adalah menyedihkan.. Kalau dok sensorang, Yan nangis..
Lepas dapat rawatan kecemasan di An Nur, Mama kene masuk ward.. Lega sikit hati Yan..
6:45 ptg : Kami sekeluarga menuju ke An Nur… Sepanjang jalan Yan gelisah.. dan separuh perjalanan Yan menangis. (masih menangis semasa menaip entry ini…)
7:45 pm : sampai tempat dituju.. ramai melawat Mama.. Alhamdulillah Mama bleh duduk dan bercakap.. Mama kene masuk air..
Yan hanya duduk.. Menatap mata Mama pun yan tak sanggup.. Tapi yan tahu, Mama tahu yan bersedih…
9:45 pm : sebelum balik doc. jumpa kami adik beradik.. terangkan test2 yang telah dibuat dan.. ade satu lagi test .. MRI test dan Brain Scan.. Mintak kami bincang sekeluarga.. nak buat atau tidak.. Dan Yan buat keputusan nak Mama buat test tu…
almost 11:00pm : sampai rumah Mama, bincang lebih kurang dengan Kak Shely, dan balik…

Kesian Mr. Hubby, terpaksa mendengar leteran menusuk jiwa makcik-makcik Yan.. semua macam salahkan kami sebab serah anak-anak untuk Mama Papa jaga… Dulu lagi Yan dah nak hantar anak-anak Yan ke Taska.. Tapi, parents yan yang berkeras tak kasik.. Salah Yan ke? Salah kami ke? Sampai kata Hubby tak tegas , Yan rasa sakit hati sangat..oleh itu, kami dah buat keputusan, hantar anak-anak ke taska esok..

Leave a comment »

Rentetan peristiwa 1 minggu yg lalu…

Selasa (19/05/09)- Ammar tetiba mula batuk… Imran demam sehingga suhu 39 .. Balik keje, bawak anak-anak jumpa doc. dapat ubat batuk dan demam..

Rabu (20/05/09)
8:00 am – 5:00pm : Berkerja seperti biasa dengan harapan anak-anak beransur okay setelah diberi ubat..

7:00 pm – 7:30pm : batuk Ammar semakin galak.. pernafasan pula macam tersekat dan berbunyi..

7:40pm : Bergegas bawa Ammar ke klinik untuk dapatkan rawatan… Nafas nye okay bila tidak bergerak aktif dan tidak menangis…

7:50pm : mendapat rawatan doc… Ammar kene amik bantuan pernafasan.. (Hanya tuhan yang tahu betapa sedih melihat dia menangis meraung bila di tekap dengan alat bantuan tu..) Nasib baik Atuk bole pegang die.. Ammar meronta sangat kuat… Yan tak larat nak pegang…

8:00pm : selelsai di klinik.. balik ke rumah dengan ubat2 yg baru..

Malam.. nasib baik Ammar boleh tido.. tapi 1 jam sekali tersedar batuk kuat..
Tengah malam, Hubby balik dari kursus ( tolong jaga )

Khamis ( 21/05/09)
Pagi… Yan dan Hubby, hati berbelah bagi nak pegi keje atau tidak.. sebab Mama tak sihat ..
Papa kata, pegi je.. Maybe Mama akan ok jap lagi lepas makan ubat..
Hati tak senang … Cuba cari ubat sampingan yang sesuai selain ubat doc.
Cuba habatus sauda dan madu khaula..
10:00pg : balik rumah, belikan lunch untuk Papa dan Mama.. Cuba bagi anak-anak habatus sauda dan madu..
Tengok Mama masih tak okay.. Nampak macam bertambah teruk… Muntah-muntah..
Mama ade sakit Vertigo.. Sejenis penyakit ketidak seimbangan… menyebabkan senang sakit kepala dan nak pitam..
Petang pun tak masuk keje balik… (emm.. Yan dah siapkan keje penting pagi2 lagi sebelum menghilangkan diri – jadi bos tak cari)

Jumaat (22/05/09)
Terpaksa amik EL… Mama langsung tak okay dan tak boleh bangun.. Usaha telefon doc. mintak datang ke rumah untuk bagi rawatan… Yan msak untuk Mama.. tak susah.. tapi anak-anak pun kene urus gak sebab Papa kene urus Mama.. Tapi puas hati, dapat masakkan bubur dan lauk ‘orang sakit’ untuk Mama..
Lepas dapat injection, Mama ble bangun… Macam dah okay sikit… Alhamdulillah..
Hubby balik teghri lepas habis kursus..
Malam, kami balik ke rumah sendiri…

Sabtu (23/05/09)
Mama tak okay semula.. maybe tak cukup rehat.. Yan dirumah sendiri.. Takde aktiviti .. Kak Shely ada untuk masak dirumah Mama..
Malam, g rumah Mama… Teringin makan sate.. Makan di rumah Mama… Tapi, Mama dah masuk bilik.. Tido.. Kami pulang ke rumah sendiri..

Bersambung….

Leave a comment »