Wedding Abg. Napi – Sepupu Yan 060609

Sabtu lepas 060609 , Yan dan Mr. Hubby dan keluarga Yan menghantar rombongan pengantin di Felda Bukit Sagu, Pahang…
Pergh.. Yan & Hubby memulakan perjalanan kami dari Banting pada pukul 6:45ptg (selepas waktu kerja) singgah makan di highway (Damanara) kul 7:45mlm dan gerak semula meneruskan perjalanan pada pukul 8:45mlm.. sampai di penginapan yang telah MaPa booking kan di Muara Beach resort pada pukul 11 – 12 pg. Argh … best nye dapat tido atas katil… Alahmdulillah..
Esoknya pagi-pagi dah kene bangun nak kene konvoi ke rumah pengantin pulak… Dalam kul 9:00pg camtu mulalah menuju ke Felda Bukit Sagu.. Pasal jadualnya nikah pukul 10:00pg.. Memula kata kat Masjid, pastu tukar kat rumah pengantin perempuan pulak pasal Ayah pengantin nak nikahkan sendiri..
Bagus.. Yan suka sangat bila dengar Bapa Pengantin Perempuan sendiri nak nikahkan.. Pasal tu gaklah Yan buat permintaan masa nak nikah dulu, Papa sendiri nikahkan… Pada Yan itu adalah satu pengiktirafan kepada Papa sebagai Bapa…
Alhamdulillah semua berjalan lancar… dengan sekali lafaz mereka dah jadi suami isteri yang sah… dah selesai upacara nikah, kami dijamu makan… Makan kenduri tau.. terima kasih kepada pihak pengantin perempuan yang melayan kami dengan sangat baik… Thumbs up for Abg. Napi & Kak Mas..
Sementara nak menunggu pengantin berarak, kami disediakan 2 buah rumah jiran / saudara pengantin untuk berehat / bertandang… Tergolek goleklah kami sekeluarga … okay sebenarnya Yan yang tergolek.. sebab sakit badan.. nasib baik tuan rumah tu sporting… Hehehe.. Bini sapa la tu?
Dah siap pengantin tukar baju, berarak lah kami… jauh wooo… tapi Yan cengkelat tunggu kat 1/3 jalan jer… Muahaha… Biasalah perempuan pregnant mane ble jalan jauh2.. Panas wooo..
Dah selamat pengantin masuk umah, rasa lega dah.. ye la.. kire dah selamat la tu… Yan pun makan lagi… takut kelaparan nanti masa on the way balik.. Bila dah kenyang, anak-anak pun dah mengantuk, Yan pun beransur lah balik… Mapa dan ahli keluarga lain still stay lagi sampai upacara menyerah-nyerah … lagipun diorg stay satu malam lagi kat Pahang, Yan terpaksa balik dulu pasal Ahad ada jemputan lain di Banting (dekat-dekat kuarters gak)… kami gerak kul 2:45 ptg dan… Hubby bawak laju ooo.. kul 5:15 camtu dah sampai kat hentian area shah alam..
Yan? selalunya Yan bawak gak kat highway kan? Tidak pada kali ni.. Yan tak larat.. tido je ngan Ammar kat bahagian blkg.. Ops lupa, Imran tak ikut balik pasal die gedik nak ikut Kak Shely stay lagi satu malam kat Pahang… Ammar, Yan mesti bawak balik lor.. Mane ble tinggal mamat tomok tu.. Tak best tido tanpa die.. Hehehe…
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: