Archive for August, 2009

Mengidam Lagi ke?

Kawan, dah nak masuk lapan bulan pregnant, masih boleh panggil MENGIDAM ke? Atau MENGADA or MANJA-MANJA? Muahaha… kalau bulan lepas teringin nak makan Kuih Buah Melaka, bulan ni pulak Yan teringin nak makan Kuih Cek Mek Molek.. Bole? Bole je.. Kuih Buah Melaka, telah ditunaikan oleh Mama … Dan Cek mek Molek, Yan dgn Mr. Hubby yang bikin… Kalau tak percaya, sila perhatikan bentuk-bentuk kuih tu… Jadila kan… Kira untungla sang suami nak bantu… Thanks Yang!
Advertisements

Leave a comment »

Hobi Baru…

Nak tau? Yan ada hobi baru.. Kalau bagitau mesti semua tak percaya… Ala.. hobi (sebenarnya minat) ni pun timbul lepas Mama tak sihat dulu.. Nak tau ke? Yan sekarang dah mula nak menjahit.. Sebelum-sebelum ni kalau nak buat langsir, Mama yang potong dan jahitkan.. Tapi sekarang, Yan yang potong sendiri.. tapi belumla pandai nak buat yang berfesyen.. setakat lurus jer.. bila ada kain lebih, Yan wat sarung kusyen pulak.. Mane Yan rujuk? Majalah dan yang Yan tengok Mama buat dulu..
Kalau ada yang ingat pasal kain-kain pasang Yan yang belum bertempah tu, ha… Yan juga dah mula berangan nak cuba buat baju sendiri… Memula rasa tak yakin langsung, tapi, biasanya Mr. Hubby akan sentiasa mengucapkan kata-kata sokongan.. itupun setelah die tengok Yan bertungkus lumus potong kain langsir dan kusyen untuk rumah kami… Yan tanya kat Mr. Hubby ;
Yan : “Agak-agaknya, saya boleh tak wat baju sendiri?”
Mr. Hubby : ” Yang nak wat baju sendiri? Boleh punya…”
Yan : ” Nape lak awak kata camtu?”
Mr. Hubby : ” Sebab isteri saya seorang yang gigih”
Muahahah.. Yan tergelak (sebenarnya terharu …) bila die kata perkataan tu… GIGIH? .. Maybe sebab die tengok Yan bersusah payah memtong kain dengan perut yang memboyot..
So, dalam usaha Yan untuk menjayakan hobi Yan yang baru ni, Yan sekarang sedang menuntut ilmu.. Kalau Yan dah boleh jahit baju kurung sendiri pun kira okayla kan… Yan dah beli buku Teknik Menjahit Pakaian Tradisional. Kat dalam buku tu, ada ajar step by step cara ukur, potong & jahit baju kurung biasa, kebaya, dan baju melayu.. Kalau takde step by step tu, Yan pun tak berani gak… Buat masa ni belum mulala projek tu… sebab ukuran badan yang baru pun tak tau lagi kan.. Cuma Yan ada cuba potong satu kain untuk buat jubah… Tiru jubah yang sediada.. Dah siap jahit tepi cuma lum dapat cantum je.. Mesin jahit kat rumah Mama.. Bilala.. nak ade masa nak mencantum pulak ek? Adakah Yan akan berjaya menjahit bajunya sendiri? Tunggu….

Leave a comment »

Berita Gembira…

Baru je tadi Kak Shely telefon.. Membawa berita gembira.. Mama dah boleh balik… Alhamdulillah.. Malam ni Yan mesti bawak budak-budak g jumpa nenek diorg… Terima kasih kepada kawan-kawan yang sama-sama memberi perangsang dan nasihat serta berkat doa kalian.. Mama Yan dah beransur pulih…

* capture masa kat Underwater World Langkawi 080809

Leave a comment »

Wad 4, Tingkat 5, HUKM – Ahad

Emm.. Ahad, kami sekeluarga g lagi HUKM… Ye la, semalam kan tak dapat lama.. Jadi hari Ahad ni dok lama sikit.. Masa Yan sampai kat Lobi, dah kene tahan.. Ni semua pasal H1N1 .. Menyusahkan betul.. Pasal Ammar kan budak kecik.. Sebenarnya kanak-kanak umur bawah 12 tahun tak bole masuk pun.. Semalam tu, terlepas.. Hari ni, tak lepas pulak.. Adoi.. Cemana pulak.. Tadi dah suruh Mr. Hubby g carik parking.. Terpaksala Yan call die untuk amik Ammar.. Bila dah jadi camtu, Yan pun mintakla Mr. Hubby g bawak anak g jalan-jalan sementara kami cari jalan untuk seludup masuk budak-budak tu.. Bila sampai je jumpa Mama dan Papa, Yan ngadulah kat diorg pasal budak-budak tak lepas naik.. Macam-macam lah idea …
Tak lama pastu, Mr. Hubby call.. Seronok bawak anak-anak g tengok sekolah lama die… Mr. Hubby ex Alam Shah.. Kan ade dekat-dekat situ gak.. Emm.. Yan risau sangat, En. Yasin tu bukan suka sangat g berjalan-jalan tak tentu arah.. Harus die mengamuk nanti.. Tapi , nasib baiklah ade sekolah tu… Boleh die mengimbau kembali zaman kegemilangan dulu.. tak gitu En. Yasin?
Lega la hati Yan… Okay, Mama dah tak pakai saluran buang air lagi .. begitu juga saluran ubat kat hidung.. Alhamdulillah.. Tapi, Mama still tak boleh jalan lagi.. Sebabnya, jarum / saluran nak masukkan stent tu baru je dikeluarkan dari bahagian pinggang Mama pagi tu.. Itu baru satu, dan masa Yan tengah tunggu Mama petang tu, baru dikeluarkan satu lagi.. Rupanya ada dua saluran.. Mati-mati Yan ingat satu.. Papa yang cerita.. Rupanya Papa pun tak tau ada 2.. Ada kekeliruan di situ.. Pasal kenapa ada 2.. Sedangkan stent yang dimasukkan 1.
Mama pakai diapers .. Jadi, bila Yan tengok die macam gelisah, Yan tanya la.. “Mama buang air ke?” Mama jawab, ” Entahla..” Erk.. Maybe Mama tak rasa sangat lagi.. Jadi Yan offer nak tengokkan.. Tapi Mama tak kasik.. Maybe Mama malu.. Mama siap kata lagi ” Tunggu Papa”
Yan pun call Papa cakap pasal benda ni.. Papa mintak Yan gantikan.. Yan kata, macam mana nak ganti? Mama tak kasi tengok pun.. Die tergelak kecik.. Dan setuju menunaikan permintaan isteri tersayang..
Agak-agaknya… SUDIKAH SUAMI YAN BUAT PERKARA YANG SAMA BILA YAN TAK SIHAT NANTI? – Sebenarnya Yan dah tau jawapannya..
Dan sebenarnya Mama buang air kecik je.. Tapi disebabkan diapersnya dah agak berat, die tak selesa.. Dan akhirnya Papa dan Yan yang menggantikan diapers Mama.. Malu ke? Tak payah malula…
Elok-elok je lepas tu, ramai sedara mara yang datang melawat.. silih berganti.. Owh anak-anak Yan pun dapat meloloskan diri naik ke wad berjumpa Nenek.. Dalam kul 4 camtu, Yan mintak diri nak balik dulu.. Dalam perjalanan ke Lobi, terserempak dengan Kak Shely..Emm Imran dan Ammar kalau nampak makcik diorg yang sorang ni, harus melekat tak ingat Mak Bapak dah.. Terus je kata tak nak balik.. Sabo jela.. Yang si Ammar pun sama, tapi disebabkan Kak Shely datang sorang, kami bawak gak Ammar balik walaupun die terpekik terlolong nak tinggal…
Itulah cerita berpuasa hari kedua .. Balik-balik terus g Pasar Juadah.. Tak larat nak masak dah.. Nampaknya tiap hari lah camtu…

Leave a comment »

Wad 4, Tingkat 5, HUKM- Sabtu

Alhamdulillah ..Sabtu lepas Mama telah dipindahkan ke Wad Surgeri 4. Lega rasanya.. Sebab takdela susah sangat nak tengok .. Yan pun bole bawak budak2 tu tengok nenek diorg.. So, bila tau je Mama dah pindah Wad, kami pun bergegaslah ke HUKM .. Tepat-tepat waktu melawat Yan pun sampai dan masuk … Tengok Mama tengah cuba duduk.. Jadi, Yan pun tergaya-gayala nak menegakkan katil tu.. Hehe.. almaklumlah.. Yan bukan pekerja hospital..Terpaksalah panggil nurse yang ade kat kaunter tu.. Malu bertanya, sesat jalan kan? Bila nurse tu dah tegakkan sikit katil, nak tau soalan pertama Mama?
” Imran mana? ” sebenarnya tak jelas sangat pun.. tapi Yan fahamlah.. (suara Mama lum elok lagi..) Imran naik lewat sikit pasal biasalah.. Yan tak larat nak kawal 2 orang budak tu.. Jadi, Yan dan Mr. Hubby akan bawak salah sorang.. Yan bawak Ammar dulu pastu Imran dan Mr. Hubby menyusul selepas dapat park kereta..
Tengok Mama dah mula okay.. Tapi masih ada saluran untuk masuk ubat dalam hidung.. Dan masih ada saluran buang air.. Imran memang asyik tanya kan Neneknya dah berhari-hari.. pasal dah menjadi kebiasaan dalam seminggu mesti Mama dan Papa akan ambil diorg dari Taska.. Selang 2 / 3 hari.. Agaknya die tunggu-tunggu Nenek dan Atuk, tak amik -amik.. Rindula tu.. Ye la.. Nenek dan Atuk yang jaga die sejak lahir.. mengados lebih sketla Mamat tu..
Emmm.. Imran bila nampak je Nenek, mesti nak berkepit… Agaknya tak puas cium Imran yang Yan pakaikan topeng, die bukak topeng tu.. Harap takde papela hendaknya.. Berbeza lak ngan Ammar… Langsung tak nak duduk ngan Nenek.. Ntah kenapa.. Maybe pelik ade saluran getah kat hidung nenek kot.. Asyik nak berkepit je ngan Yan.. Adoi.. Nasib baik die nak gak ngan Atok..
Yan dok kat sana tak lama.. pasal hari Sabtu kan hari pertama puasa, jadi Yan tak berani cergas sangat.. Kul 2 camtu Yan dah mintak nak balik.. Lagipun dah berjanji ngan MIL nak berbuka kat sana.. Takpe, Ahad Yan datang lagi…

Leave a comment »

ICU, HUKM

Jumaat lepas, Yan curik masa untuk lawat Mama kat ICU.. Itu pun setelah hari ke 3 Mama masuk ICU lepas operate .. Kenapa lewat sangat? Emm.. waktu melawat ICU adalah pukul 12:30ptg – 2:00ptg dan 4:30 ptg – 7:00mlm.. Macam manela Yan nak g.. So, pakat dengan Mr. Hubby, kite g hari Jumaat je.. Mr. Hubby amik EL, Yan lak, ingat ble sempat masuk petang, rupanya tak gak.. Kira Yan … ponteng (shhh.. )
Keadaan Mama agak menyedihkan.. mungkin pada hari pertama di ICU lagi teruk.. Tapi Yan yang jumpa Mama hari ke 3 ni pun dah tak tertahan air mata… Banyak wayar bersambung pada badan , tangan dan bhgn muka Mama.. Mama lemah sangat.. Nak bukak mata pun tak berapa lagi.. Sedih.. Sebelum masuk, Papa ada cerita, masa nurse bawak Mama scan, Mama tarik semua wayar yang disambung kat tangan dan muka die.. Jadi, tangan Mama diikat ke katil.. Jadi, bila hari Jumaat tu, Yan datang kat die, Mama tarik tangan Yan, suruh bukak ikatan.. Yan kata tak boleh, nanti Mama cabut wayar.. die pegang je tangan Yan.. Sedih sangat sangat.. Takde ape pun yang boleh Yan buat dalam masa 1 1/2 jam… Cuma, dapatlah Yan lap-lap muka Mama.. sikat rambut dan pakaikan lip balm.. Pasal bibir Mama kering.. Urut-urut kaki die.. Yela.. baring lama-lama mesti lenguhkan.. Tangan Mama bengkak, maybe pasal masuk air.. Bila cerita ngan Kakak-Kakak Yan, diorg kata, semalam (Khamis) lagi teruk.. Yan yang duduk situ tak sampai 2 jam pun dah banyak kali menangis, inikan pula akak Yan yang dah tengok die semalam.? Tapi, Yan salute pada Papa yang setia menemani sejak pagi hingga habis waktu melawat..
Thanks kepada kawan-kawan yang turut sama mendoakan Mama.. Harapan Yan, Mama cepat pulih…

Leave a comment »

Perkembangan Mama

Semalam dalam kul 11-12tghri Mama telah masuk bilik pembedahan.. Untuk masukkan stent dan coil ke dalam salur darah menuju ke saluran darah bahagian kepala Mama yang hampir tersumbat.. Sepanjang tempoh itu, Yan sekeluarga hanya berdoa supaya Mama selamat dan operasi itu berjaya. Selama kira-kira 6-7 jam Mama di operasi, hanya Papa yang menunggu di luar o.t. Kesian.. Yan hanya dapatkan laporan semasa ke semasa dari Papa je..Itupun dengan sms je. Tak sanggup nak call..
Pada pukul 6:30ptg, masa tu Yan & family kat Banting, ingat nak carik makan untuk dinner kat pasar malam.. Saje-saje call Kak Shely , rupa-rupanya diorg dah o.t. way ke HUKM.. Mama dah keluar dr o.t dan dimasukkan ke ICU. .. Rupanya Papa dah sms kat Yan.. Tapi Yan punya Hp lak tinggal kat umah.. Adus.. Ni semua sebab terlalu nak sorok dari Ammar… So, kami dengan sehelai sepinggangnya terus je g HUKM.. Sebab, kalau singgah rumah, mesti lagi lambat nak gerak balik..
Jalan agak sesak.. tapi masih lagi bergerak.. Okaylah tu kan.. sebelum kul 8:00mlm kami dah sampai.. Owh sampai2 saje, kene pakai topeng.. yela.. Yan kan merupakan individu yang berisiko dijangkiti H1N1. Anak-anak pun Yan tak benarkan keluar kereta.. Mintak Mr. Hubby tunggu dlm kete je.. Biar Yan tengok keadaan sekeliling dulu… Agak susah nak tembusi hingga ke lif .. sebab ada pengawal yang bertanya itu ini… Dan sebenarnya Yan hampir tak boleh naik lif pun.. Yan tak salahkan pengawal tu, silap Yan sebab JUJUR sangat.. Nak g jumpa orang kat ICU.. sedangkan ICU dah tak boleh masuk sejak pukul 7pm lagi.. tapi agaknya die kesian tengok Yan.. dalam 5 minit die panggil Yan kasik masuk.. Alhamdulillah dapat gak lepas.. o.t.way ke lif, Papa pun dah turun .. sebab Yan call die sebelum tu bagitau tak dapat naik..Jadi, bila dah lepas tu, kami pun naik lah.. Kat atas, (Tingkat 2) dah ade Kak Shely & family.. Takde dapat tengok bayang Mama pun.. dapat tengok pintu yang tertutup rapat je.. Sambil tu, tanya la laporan dr kat Papa..
Dr. hanya dapat masukkan 1 stent aje pada saluran Mama. dan stent tu, dapat membuatkan darah mengalir melalui saluran dengan baik.. so, rasanya setakat ni, ok je untuk prosedur siang tadi.. Pembedahan ini dikira MAJOR Operation. Sebab melibatkan bhgn kepala…
Jadi sehingga kini Mama still dalam ICU dan tiada siapa dapat jumpa Mama.. Kesian Papa yang dah menunggu sejak pagi lagi.. Kasih seorang suami yang tak berbelah bagi.. Harap Mama cepat sedar.. dan dapat dipindahkan ke Wad biasa.. Supaya Yan dan anak-anak boleh jumpa…Doakan Mama cepat sihat okay…

Leave a comment »