Perkembangan Mama

Semalam dalam kul 11-12tghri Mama telah masuk bilik pembedahan.. Untuk masukkan stent dan coil ke dalam salur darah menuju ke saluran darah bahagian kepala Mama yang hampir tersumbat.. Sepanjang tempoh itu, Yan sekeluarga hanya berdoa supaya Mama selamat dan operasi itu berjaya. Selama kira-kira 6-7 jam Mama di operasi, hanya Papa yang menunggu di luar o.t. Kesian.. Yan hanya dapatkan laporan semasa ke semasa dari Papa je..Itupun dengan sms je. Tak sanggup nak call..
Pada pukul 6:30ptg, masa tu Yan & family kat Banting, ingat nak carik makan untuk dinner kat pasar malam.. Saje-saje call Kak Shely , rupa-rupanya diorg dah o.t. way ke HUKM.. Mama dah keluar dr o.t dan dimasukkan ke ICU. .. Rupanya Papa dah sms kat Yan.. Tapi Yan punya Hp lak tinggal kat umah.. Adus.. Ni semua sebab terlalu nak sorok dari Ammar… So, kami dengan sehelai sepinggangnya terus je g HUKM.. Sebab, kalau singgah rumah, mesti lagi lambat nak gerak balik..
Jalan agak sesak.. tapi masih lagi bergerak.. Okaylah tu kan.. sebelum kul 8:00mlm kami dah sampai.. Owh sampai2 saje, kene pakai topeng.. yela.. Yan kan merupakan individu yang berisiko dijangkiti H1N1. Anak-anak pun Yan tak benarkan keluar kereta.. Mintak Mr. Hubby tunggu dlm kete je.. Biar Yan tengok keadaan sekeliling dulu… Agak susah nak tembusi hingga ke lif .. sebab ada pengawal yang bertanya itu ini… Dan sebenarnya Yan hampir tak boleh naik lif pun.. Yan tak salahkan pengawal tu, silap Yan sebab JUJUR sangat.. Nak g jumpa orang kat ICU.. sedangkan ICU dah tak boleh masuk sejak pukul 7pm lagi.. tapi agaknya die kesian tengok Yan.. dalam 5 minit die panggil Yan kasik masuk.. Alhamdulillah dapat gak lepas.. o.t.way ke lif, Papa pun dah turun .. sebab Yan call die sebelum tu bagitau tak dapat naik..Jadi, bila dah lepas tu, kami pun naik lah.. Kat atas, (Tingkat 2) dah ade Kak Shely & family.. Takde dapat tengok bayang Mama pun.. dapat tengok pintu yang tertutup rapat je.. Sambil tu, tanya la laporan dr kat Papa..
Dr. hanya dapat masukkan 1 stent aje pada saluran Mama. dan stent tu, dapat membuatkan darah mengalir melalui saluran dengan baik.. so, rasanya setakat ni, ok je untuk prosedur siang tadi.. Pembedahan ini dikira MAJOR Operation. Sebab melibatkan bhgn kepala…
Jadi sehingga kini Mama still dalam ICU dan tiada siapa dapat jumpa Mama.. Kesian Papa yang dah menunggu sejak pagi lagi.. Kasih seorang suami yang tak berbelah bagi.. Harap Mama cepat sedar.. dan dapat dipindahkan ke Wad biasa.. Supaya Yan dan anak-anak boleh jumpa…Doakan Mama cepat sihat okay…
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: