Wad 4, Tingkat 5, HUKM- Sabtu

Alhamdulillah ..Sabtu lepas Mama telah dipindahkan ke Wad Surgeri 4. Lega rasanya.. Sebab takdela susah sangat nak tengok .. Yan pun bole bawak budak2 tu tengok nenek diorg.. So, bila tau je Mama dah pindah Wad, kami pun bergegaslah ke HUKM .. Tepat-tepat waktu melawat Yan pun sampai dan masuk … Tengok Mama tengah cuba duduk.. Jadi, Yan pun tergaya-gayala nak menegakkan katil tu.. Hehe.. almaklumlah.. Yan bukan pekerja hospital..Terpaksalah panggil nurse yang ade kat kaunter tu.. Malu bertanya, sesat jalan kan? Bila nurse tu dah tegakkan sikit katil, nak tau soalan pertama Mama?
” Imran mana? ” sebenarnya tak jelas sangat pun.. tapi Yan fahamlah.. (suara Mama lum elok lagi..) Imran naik lewat sikit pasal biasalah.. Yan tak larat nak kawal 2 orang budak tu.. Jadi, Yan dan Mr. Hubby akan bawak salah sorang.. Yan bawak Ammar dulu pastu Imran dan Mr. Hubby menyusul selepas dapat park kereta..
Tengok Mama dah mula okay.. Tapi masih ada saluran untuk masuk ubat dalam hidung.. Dan masih ada saluran buang air.. Imran memang asyik tanya kan Neneknya dah berhari-hari.. pasal dah menjadi kebiasaan dalam seminggu mesti Mama dan Papa akan ambil diorg dari Taska.. Selang 2 / 3 hari.. Agaknya die tunggu-tunggu Nenek dan Atuk, tak amik -amik.. Rindula tu.. Ye la.. Nenek dan Atuk yang jaga die sejak lahir.. mengados lebih sketla Mamat tu..
Emmm.. Imran bila nampak je Nenek, mesti nak berkepit… Agaknya tak puas cium Imran yang Yan pakaikan topeng, die bukak topeng tu.. Harap takde papela hendaknya.. Berbeza lak ngan Ammar… Langsung tak nak duduk ngan Nenek.. Ntah kenapa.. Maybe pelik ade saluran getah kat hidung nenek kot.. Asyik nak berkepit je ngan Yan.. Adoi.. Nasib baik die nak gak ngan Atok..
Yan dok kat sana tak lama.. pasal hari Sabtu kan hari pertama puasa, jadi Yan tak berani cergas sangat.. Kul 2 camtu Yan dah mintak nak balik.. Lagipun dah berjanji ngan MIL nak berbuka kat sana.. Takpe, Ahad Yan datang lagi…
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: