Hobi Baru…

Nak tau? Yan ada hobi baru.. Kalau bagitau mesti semua tak percaya… Ala.. hobi (sebenarnya minat) ni pun timbul lepas Mama tak sihat dulu.. Nak tau ke? Yan sekarang dah mula nak menjahit.. Sebelum-sebelum ni kalau nak buat langsir, Mama yang potong dan jahitkan.. Tapi sekarang, Yan yang potong sendiri.. tapi belumla pandai nak buat yang berfesyen.. setakat lurus jer.. bila ada kain lebih, Yan wat sarung kusyen pulak.. Mane Yan rujuk? Majalah dan yang Yan tengok Mama buat dulu..
Kalau ada yang ingat pasal kain-kain pasang Yan yang belum bertempah tu, ha… Yan juga dah mula berangan nak cuba buat baju sendiri… Memula rasa tak yakin langsung, tapi, biasanya Mr. Hubby akan sentiasa mengucapkan kata-kata sokongan.. itupun setelah die tengok Yan bertungkus lumus potong kain langsir dan kusyen untuk rumah kami… Yan tanya kat Mr. Hubby ;
Yan : “Agak-agaknya, saya boleh tak wat baju sendiri?”
Mr. Hubby : ” Yang nak wat baju sendiri? Boleh punya…”
Yan : ” Nape lak awak kata camtu?”
Mr. Hubby : ” Sebab isteri saya seorang yang gigih”
Muahahah.. Yan tergelak (sebenarnya terharu …) bila die kata perkataan tu… GIGIH? .. Maybe sebab die tengok Yan bersusah payah memtong kain dengan perut yang memboyot..
So, dalam usaha Yan untuk menjayakan hobi Yan yang baru ni, Yan sekarang sedang menuntut ilmu.. Kalau Yan dah boleh jahit baju kurung sendiri pun kira okayla kan… Yan dah beli buku Teknik Menjahit Pakaian Tradisional. Kat dalam buku tu, ada ajar step by step cara ukur, potong & jahit baju kurung biasa, kebaya, dan baju melayu.. Kalau takde step by step tu, Yan pun tak berani gak… Buat masa ni belum mulala projek tu… sebab ukuran badan yang baru pun tak tau lagi kan.. Cuma Yan ada cuba potong satu kain untuk buat jubah… Tiru jubah yang sediada.. Dah siap jahit tepi cuma lum dapat cantum je.. Mesin jahit kat rumah Mama.. Bilala.. nak ade masa nak mencantum pulak ek? Adakah Yan akan berjaya menjahit bajunya sendiri? Tunggu….
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: