Archive for November, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Yan dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua… Emm tahun ni Yan wat aqiqah untuk 3 anak Yan dan korban untuk diri Yan sendiri.. Alhamdulillah.. ada rezeki lebih nanti Yan akan adakan kenduri cukur jambul dan kesyukuran untuk Asyraf… InsyaAllah…
Advertisements

Leave a comment »

Perihal Asyraf dan Jaundice

Selasa lepas, adalah appointment Asyraf untuk amik darah dan hantar urine sample.. Asyraf sekarang telah diklasifikasikan Prolonged Jaundice.. dah 1 bulan pun masih kuning lagi… so, sebelum jumpa pakar, kene wat sample darah dan urine.. bagi memastikan masalh sebenar Asyraf.. Yan sekarang hanya berdoa supaya Asyraf cuma prlonged jaundice dan tiada sebarang penyakit lain seperti hati, jantung atau organ dalam yg lain…

Anyway 18/11/2009 lepas Asyraf dah 1 bulan… berat die pun dah meningkat 3.6kg.. Alhamdulillah.. Yan masih breastfeed Asyraf…

Emm… kalau orang tanya, kenapa bole sampai lama sangat die kene kuning? Yan dah tak tau nak jawab ape.. sebab dah letih.. Yan dah usaha macam-macam.. semua petua Yan dah buat.. thanks pada kawan-kawan yg menyumbang idea.. Cuma 1 je yang Yan tak berani bagi kat Asyraf… Susu kambing… Yan dah dengar macam-macam cerita pasal baby yg minum susu kambing.. Ada yg meninggal.. Ada yg kuningnya jadi lebih teruk… So, Yan rela, Yan yg minum susu kambing… (sekali je pun) tak tahan beb.. nak terkeluar isik perut.. sehari tu sendawa dan terbau diri tu bau kambing… Hahahha… Apela Yan ni kan…

Dan terbaru , bila Yan bawa Asyraf jumpa hemeopati , rupanya dah banyak kes prolonged sekarang.. salah satu sebabnya darah bayi tak sesuai dengan susu ibu? betul ke? Bila cerita ngan kak yg urut Yan, die pun kata ade kes macam ni dulu.. dh lama.. Ada sesiapa yg bole bagi pendapat tentang ini?

Bila dengar pasal susu ibu tak sesuai dengan bayi, Yan yang dah berazam nak bf Asyraf jadik confuse..

Leave a comment »

Kunjungan 2 aweks

Yasmin … baby of Ary… Nangis nak susu…
Sara, baby of Rina.. Maintain cool

Asyraf.. apasl warna ko kontra sgt wahai anakku?

Ahad lepas..Yan sekeluarga di kunjungi 2 ibu baru dengan baby masing-masing.. yang dah berusia 2 bulan.. dan yg bestnye semuanya baby GIRL .. dah tembam dah anak-anak diorg.. Thanks Ary dan Rina..

Leave a comment »

Perihal anak-anak

Emmm.. anak-anak Yan demam la.. Ammar demam + selsema + batuk.. Imran lak demam + batuk.. Ammar tu senang gak mkn ubat… Imran plak payah benar memujuknya makan ubat. Sekarang ni modal Yan nak Imran makan ubat adalah menyebut nama salah seorang aweks kat taska tu.. Ha.. cepat je die telan ubat.. Gatai anak aku ni…
Asyraf pulak.. masih lagi ada kuning nya.. dah la Rabu ni ade monthly check up kat klinik..

Leave a comment »

Baru 25 hari..

Baru 25 hari , Yan dah tak senang duduk… mula la fikir nak buat itu ini.. Ye.. Yan seorg yang tak boleh duduk diam2 dalam waktu yang lama. 40 /44 hari tu angka yang banyak.. sebenarnya Yan takde pun duduk aje tak buat pape..
Hari ke 6 Yan dah mandikan Asyraf. Ntah hari keberapa Yan dah mula masak lauk sendiri. masak nasik, lagi awal.. sidai baju, basuh baju (pakai mesin ) bukan tunjuk kuat… tapi kesian kat Mr. Hubby.. terkejar-kejar nak buat semua. Masa awal-awal (masa Mr. Hubby masih dalam cuti 7 hari) tu okayla nk harap kat die.. bila dah mula keje, Yan buat la sikit-sikit..
Sekarang ni dok memikir nak ngemas almari baju tu.. Yela.. nak simpan baju2 preggy semua masuk kotak balik.. Nanti dah nak keje baru nak terhegeh-hegeh mengemas, mesti penat.. Tapi, tu la.. Asyraf ni suka sangat nak berkepit.. nak wat keje pun selalu cepat-cepat mane sempat…
Pastu kengkadang tekak teringin nak makan kek coklat.. bila beli brownies kat SR, tak menepati citarasa lak.. Kukus tu dah melambai je .. tepung2 tu pun dah mengetuk-ngetuk dari dalam almari.. argh.. kalau bagitau kat Mr. Hubby, mesti die dok geleng je..
Tapi Yan tau, Mr. Hubby dah mula rindu ikan bilis goreng kicap ngan cili Yan..
Baru 25 hari tak tido dengan Ammar, die pun dah tau rindu.. dan selalu menceroboh bilik Yan dan tido sekatil ngan Yan dan Asyraf…
Baru 25 hari, Yan dah rasa tak senang hati tengok bilik air tak berberus.. (2 minggu sekali helper basuh)
Baru 25 hari, Yan dah tak senang duduk mengadap tv dan curi-curi keluar ke pekan.. (with Mr. Hubby)
Baru 25 hari, Yan dah rasa macam dalam bulan puasa.. pasal tak bole makan itu ini..
Tapi…

Leave a comment »

Petua Menyusu Badan

Kawan-kawan yang mengamalkan BF baby… tolong kongsi petua pemakanan (apa yg boleh dan tidak boleh) Yan makan supaya Asyraf tak sakit perut (kembung) .. Setakat ni Asyraf takdela nangis2 macam abang2 die dulu… Tapi die dok bergayut je mlm2 … Yan pun tak pasti die tido ke, tak tido.. tapi bila Yan tersedar, mesti sebab die berbunyikla kan.. kalau die diam, alamat Mama die ni pun lena je… Tolong bagi petua yang Yan bole cuba ikut…

Leave a comment »

Perihal Asyraf

Emmm … dah lama tak update.. dah bersawang dah blog ni… Ni pun curik masa untuk update sementara Asyraf tido.. Ops lupa, sebelum ni Yan tak bagitau nama anak ketiga Yan kan.. Okay, Nama die Muhammad Asyraf Hakim.
Last week , Yan dan Asyraf admitted kat HTAR pasal demam kuning Asyraf tinggi sangat.. Lagi sikit je nak kene tukar darah..Rabu lepas Yan bawak Asyraf g check darah kat KKTD.. Bila bacaannya dah cecah 350 berbanding Isnin yg lepas 213… Tak tau la kenapa bole naik banyak sangat.. Dr. suruh kami bawak ke Hospital Banting.. Dan di HB ade check darah lagi.. Kesian si kenit tu.. dah la kecik, kene amik darah lagi… confirm kami kene admit kat HTAR. Siap naik ambulans lagi… Macam macam pengalaman kami lalui setelah kelahiran Asyraf ni…
Kalau org tanya, ape rasa naik ambulans? Bagi Yan, kalau kita sihat naik ambulan memang best je.. Tapi kalau dah terbaring kat belakang tue, mesti langsung tak best… Rasa tambah sakit kot..
Sampai je kat HTAR. terus ke wad 6C.. aduh sibuk gila wad tu… Mane baby baru masuk lagi, mane yang dah bole balik, Yan hanya mampu terduduk je.. letih mata…
Disebabkan bacaannya terlalu tinggi, Asyraf kene duduk bawah jagaan Intensif.. Lampu atas dan bawah.. setiap 4 jam dr. amik darah die.. Yan plak, 2 jam sekali kene breastfeed baby.. Kalau tengok keadaan die, boleh menangis… Kesian sangat.. Tapi kenela tahan.. untuk kebaikan die gak.. kalau tak, buang masa je kan.. dah memang tujuannya kene dok bawah lampu pun..
Setelah ntah berapa kali kene amik darah, daripada intensif, diturunkan ke double foto…
dan hari kedua, sebelah petang , baby dah boleh tido ngan Yan… tapi masih bawah double foto.. Masa ni lagila sedih.. lepas susukan die, kene letak kat bawah lampu bogel plak tu.. dah la die kurus.. Yan ble nampak die kesejukan.. tapi nak buat mcmmana.. kene gak biar..
Hari ketiga, Asyraf semakin baik.. Bacaannya dah lepas tahap bahaya.. dan dibenarkan keluar..
Sehingga hari ni, Yan masih berhenti makan jamu.. Dan teruskan bagi die minum anggur hijau dan masih lagi tido berlampu.. tak tau sampai bila.. sampai 1 bulan kot.. Yan tengok Asyraf macam dah baik.. tapi takpelah.. ape orang nak kata, katala.. Yan hanya akan makan jamu lepas confident Asyraf dah betul2 baik…
Mesti ada yang tertanyakan berapa berat badan Yan sekarang? Hahhaa.. Sebelum bersalin, 58kg lepas bersalin 53kg.. sekarang, tak timbang lagi.. Mr. Hubby kata, Yan dah kurus sangat .. Kakak yang urut lak kata, peha Yan kecik sangat… Bayangkanlah.. Eeee tak sabar nak try pakai baju-baju kebaya Yan..
Minggu ni Yan berkampung kat umah Mapa. Sebab Mr. Hubby exam PTK . Awal pagi dah nak kene g Putrajaya… So, mintak tolong Papa hantar abang 2 orang tu g Taska..

Leave a comment »