Perihal Asyraf

Emmm … dah lama tak update.. dah bersawang dah blog ni… Ni pun curik masa untuk update sementara Asyraf tido.. Ops lupa, sebelum ni Yan tak bagitau nama anak ketiga Yan kan.. Okay, Nama die Muhammad Asyraf Hakim.
Last week , Yan dan Asyraf admitted kat HTAR pasal demam kuning Asyraf tinggi sangat.. Lagi sikit je nak kene tukar darah..Rabu lepas Yan bawak Asyraf g check darah kat KKTD.. Bila bacaannya dah cecah 350 berbanding Isnin yg lepas 213… Tak tau la kenapa bole naik banyak sangat.. Dr. suruh kami bawak ke Hospital Banting.. Dan di HB ade check darah lagi.. Kesian si kenit tu.. dah la kecik, kene amik darah lagi… confirm kami kene admit kat HTAR. Siap naik ambulans lagi… Macam macam pengalaman kami lalui setelah kelahiran Asyraf ni…
Kalau org tanya, ape rasa naik ambulans? Bagi Yan, kalau kita sihat naik ambulan memang best je.. Tapi kalau dah terbaring kat belakang tue, mesti langsung tak best… Rasa tambah sakit kot..
Sampai je kat HTAR. terus ke wad 6C.. aduh sibuk gila wad tu… Mane baby baru masuk lagi, mane yang dah bole balik, Yan hanya mampu terduduk je.. letih mata…
Disebabkan bacaannya terlalu tinggi, Asyraf kene duduk bawah jagaan Intensif.. Lampu atas dan bawah.. setiap 4 jam dr. amik darah die.. Yan plak, 2 jam sekali kene breastfeed baby.. Kalau tengok keadaan die, boleh menangis… Kesian sangat.. Tapi kenela tahan.. untuk kebaikan die gak.. kalau tak, buang masa je kan.. dah memang tujuannya kene dok bawah lampu pun..
Setelah ntah berapa kali kene amik darah, daripada intensif, diturunkan ke double foto…
dan hari kedua, sebelah petang , baby dah boleh tido ngan Yan… tapi masih bawah double foto.. Masa ni lagila sedih.. lepas susukan die, kene letak kat bawah lampu bogel plak tu.. dah la die kurus.. Yan ble nampak die kesejukan.. tapi nak buat mcmmana.. kene gak biar..
Hari ketiga, Asyraf semakin baik.. Bacaannya dah lepas tahap bahaya.. dan dibenarkan keluar..
Sehingga hari ni, Yan masih berhenti makan jamu.. Dan teruskan bagi die minum anggur hijau dan masih lagi tido berlampu.. tak tau sampai bila.. sampai 1 bulan kot.. Yan tengok Asyraf macam dah baik.. tapi takpelah.. ape orang nak kata, katala.. Yan hanya akan makan jamu lepas confident Asyraf dah betul2 baik…
Mesti ada yang tertanyakan berapa berat badan Yan sekarang? Hahhaa.. Sebelum bersalin, 58kg lepas bersalin 53kg.. sekarang, tak timbang lagi.. Mr. Hubby kata, Yan dah kurus sangat .. Kakak yang urut lak kata, peha Yan kecik sangat… Bayangkanlah.. Eeee tak sabar nak try pakai baju-baju kebaya Yan..
Minggu ni Yan berkampung kat umah Mapa. Sebab Mr. Hubby exam PTK . Awal pagi dah nak kene g Putrajaya… So, mintak tolong Papa hantar abang 2 orang tu g Taska..
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: