Archive for December, 2009

Susu Ibu

Sekarang ni Yan tengah bersemangat bf Asyraf.. Dah anak 3 baru sedar ? Memang pun… Kesian kat anak-anak..
Kenapala Yan sia-siakan anugerah Allah ni selama ini..
Alhamdulillah Yan dah sedar dan nasib baik belum terlambat… harap-harap semangat Yan tak kan lemah sampai bila-bila.. Kalau u all pernah baca entry sebelum ni pasal jaundice Asyraf, sebenarnya Yan dah hampir putus asa.. tapi dalam masa yang sama Yan buat juga bekalan PSI.Macam mana Yan leh kembali bersemangat.. ? Lepas buat monthly check up., dan berat Asyraf meningkat seperti abang-abang die yang lain.. (yang menyusu campur) badan Asyraf pun dah mula berisi.. Muka die mula tembam..
Emm… Bahagianya tengok die membesar.. seronok sangat bila Mr. Hubby menyokong usaha Yan dengan bagi moral support… kata-kata yang membuatkan hati berbunga-bunga..
” mestilah Asyraf tembam.. Asyraf kan minum susu Mama..”
Oleh kerana itu , Yan akan sentiasa mencari info macam mana untuk mengekalkan jumlah bekalan PSI yang mencukupi .. setakat ni Yan minum susu Anmum Lacta, air longan + kurma kering , air horlicks selain minum air masak …
Sekarang juga Yan dah ada satu kawan yng perlu dibawa setiap hari.. Kalau tak bawa, alamatnya mau meletup anugerah Allah ni..hehehe.. beg pump la.. Alhamdulillah.. masa bekerja hasil tenusu agak memberangsangkan.. tiap kali pump dapat 5oz.. okla tu kan…
Kalau keluar ke mana-mana, Yan akan bawa kawan yg satu ni.. Nusing Cover.. Asyraf ni, kalau die nak menyusu, tak kira tempat… Jadi supaya anugerah Allah tu terpelihara dari penglihatan orang ramai, Yan pakai nursing cover… Ini kalau tempat yang Yan pergi takde bilik penyusuan. Tapi kengkadang. tak sempat nak sampai ke bilik tu, Asyraf dah meraung.. so, kenela bagi kat tempat yang terdekat.. Kalau g shopping complex, tempat yang wajib pergi adalah bilik penyusuan.. samada untuk bf Asyraf or salin diapers anak-anak..
Tapi, kenapa ek orang tengok , ibu-ibu yg bf anak dikhalayak macam sesuatu yg menjengkelkan? Yan sebagai salah seorang ibu yang bf anak dikhalayak, kadangkala rasa terhina pulak.. Padahal sepatutnya ia adalah sesuatu yang patut dibanggakan…
So, apa kata kawan-kawan?
Advertisements

Comments (2) »

ish ish ish…Antara Hobimu dan Hobiku

My new bracelet, necklace & pendant (Adore design)

Golf set baru Mr. Hubby (dulu Mr. Hubby pakai set Bro Khir)

ish ish ish…. penangan YES MST Kelana Jaya.. dan Habib Jewel

BERBALOI BALOI

Justify Full

Comments (7) »

Asyraf 2 bulan


Cerita pasal budak ni… Asyraf dah 2 bulan .. dan seperti biasa ada check up bulanan.. sebelum tu, cerita pasal hasil spesimen urine dan darah yang dihantar sebulan lepas.. 15/12/2009 kami ada appointment ngan Pakar.. Dr. kata, jaundice Asyraf dah takde.. Ujian darah pun okay.. Tapi urine je ade infection sket.. Ada beberapa faktor yg memungkinkan hasil urine test.. Samada cara pengambilan urine (yang Yan buat) tak betul or mungkin Asyraf ada penyakit yang berkaitan..

So, untuk memastikan lagi result urine test, urine Asyraf perlu diambil lagi… tapi kali ni bukan Yan yang buat.. Tapi nurse yang akan buat.. Takpelah.. tak kisahlah kene datang lagi keesokan harinya..just untuk ambil urine Asyraf. Resultnya, akan dimaklumkan 2 minggu lagi.

Cerita pasal perkembangan Asyraf, berat terkini 4.7kg. Dan dah kene cucuk lagi. Asyraf tak berapa suka minum susu formula.. Yan dah try bagi FM, kengkadang die okay je minum, kengkadang die tak mau langsung lebih-lebih lagi bila Yan ada. Emmm prob gak ni… So, Yan dah mula pam dan buat bekalan PSI untuk Asyraf.. Dalam satu sesi, Yan tak dapat banyak.. paling banyak pun 4oz. Kenapa tak banyak?
Melalui pembacaan daripada laman bloggers lain, (yang mengamalkan susu ibu) memang susah nak dapat banyak time berpantang / cuti 60 hari ni.. Pasal baby selalu ada ngan kita (die menyusu secara langsung) Kalau dah keje nanti, kite kene pam ikut masa selalu kite bf die kat rumah (masa cuti). Tul tak kawan-kawan? Apepun kene tengok gak kebenarannya nanti…

Okay, selain drpd tu, Asyraf sangat kuat menangis.. mengada lebih ni… Asyraf juga telah menemani mama ke Jakel, Gulati’s, Habib Jewel, Jusco, McD dan Melaka.. Asyraf sgt pendiam apabila telah puas menyusu.. tetapi apabila Asyraf lapar atau mengantuk, jgn harapla die nak duduk dlm stroller..

p/s : Bila hasil pam tak begitu memberangsangkan (hanya dapat 1-1.5 oz), Yan campurkan susu tu ngan susu formula Ammar… Hahaha.. die tak perasan pun..

Comments (3) »

My BFF Wedding

Zain & Acik (Linda)
Okay.. Dimulakan dengan cerita Sabtu lepas 12/12/2009 … Yan menghadiri majlis yang pertama setelah tamat tempoh berpantang.. Owh.. jgn kata apa-apa tentang muka Yan yang bagai dipam-pam… Kata kakak urut, Yan terlebih tido… Emm.. apa apa ajela…
Cerita tentang pengantin, sebenarnya both of them kawan Yan masa sekolah rendah dulu.. Kalau kata kawan sekolah rendah, it means, kawan Mr. Hubby gak.. Diorg ni ikut jejak langkah Yan dan Mr. Hubby.. Kawin dengan rakan sekelas.. Dah jauh merantau, belajar dan bekerja akhirnya rupa-rupanya jodoh didepan mata… Itulah ketentuan Allah.. nak kata apa kan…
Okay.. Yan g ngan Mr. Hubby dan Ammar sahaja… Disebabkan rumah MIL pun dekat dengan wedding place, MyMIL offer untuk jaga Asyraf.. So, setelah dibekalkan susu, Yan pun g la majlis ni… Kojap jo… 1 jam… Imran? Dio tak nak tinggal adik baby.. takut orang bawak lari.. padahal dah siap siap pakai sedondon ngan kitorang.. Sayang betul die kat adik baby..
Kengkadang my kakak saje menyakat die nak amik Ammar.. die bole kata ” amikla.. abang ada adik satu lagi..” tak heran dah ngan Ammar.. Sabo jela.. Tapi sebenarnya Ammar dan Imran sentiasa meRINDUi antara satu sama lain.. sebab, kalau salah sorang takde, mulala yang sorang lagi tanya.. Urgh.. kecik-kecik dah pandai tunjuk EGO…

Comments (3) »

Hadiah Asyraf

Latest picture of Asyraf
Surat daripada Pn. Normi…

From Pn. Normi – thanks Normi, susah2 je pos kan…

From bakal pengantin Zain & Acik

From Abg Een(my abang) dan Abg. Mali (my sepupu)

From En. Azhar (Bos Mr. Hubby)

From Kak Yati (Mak Ngah Asyraf aka sister of Mr. Hubby)

From bff Mr. Hubby (Aidzeel) Ni dah dirasmikan oleh abang-abang Asyraf

best breast pump ni… Yan dah guna untuk wat bekalan masa dah keje nanti…

Alhamdulillah Asyraf nampaknya dah sihat dari jaundicenya.. Namun Yan masih beri air perahan sengkuang cina.. Asyraf akan ada appointment dengan Pakar pada 15/12 nanti.. Berdebar tunggu resultnya…harap-harap sekadar prolonged jaundice…

Alhamdulillah.. banyak buah tangan yang Yan sekeluarga terima sempena kelahiran Asyraf… Tak kurang juga yang ‘menyumbang’ … Sekadar untuk berkongsi kegembiraan.. ada yang dah Yan guna dan ade lagi yang masih dalam bungkusan…
Thanks kepada semua rakan yang datang melawat kami… dan tak lupa juga yang sanggup mengirim hadiah tanda ingatan dari jauh… Terima kasih daun keladi, lain kali bolela bagi lagi? Hehehe…

Leave a comment »

Tamat sudah 44hari..

Tamat sudah 44 hari berpantang.. sekarang tengah menyediakan mental dan fizikal untuk mula berkerja setelah 60 hari bercuti … Bos Yan dah call dah.. dok tanya bila mula keje balik.. hish.. buat orang malas je nak g keje… mesti keje Yan dah berlonggok kat simpanan die.. takpun adela tu keje yang nak Yan gak buat.. hish.. kawan2 office dah tau dah pesen bos yg satu ni.. REDHA je la..

Leave a comment »