Archive for January, 2010

Ariani?


Terus terang … Yan terpengaruh dengan gaya bertudung Mother In Law dan Sis In Law.. Memula tak tertarik pun nak menjejakkan kaki ke butik tudung terkenal ni.. Nak story pasal tudung chiffon kuning tu… My SIL dah pernah beli kat sini .. Bila MIL & SIL belek2 tengok macam bole tempah je kat tailor.. jadi diorg pun tryla wat.. bila dah siap, dan pakai dengan tiara ari*ni tu, jadila macam yang Yan pakai tu…hehehe… kalau kat butik tu tambah batu manik banyak2, harganya RM129.. tu yg paling simple kot… tapi yang Yan tempah ni , kos kain RM 12.25 (1/2M)+ tempah jahit RM8 = RM20.25 …. lu fikir sendirila …
* Tiara thai silk plak dapat 2 = RM69, tiara cotton pun 2 = RM69
* harap entry ini dapat menjawab soalan Pn. Dell…

Advertisements

Comments (5) »

Hobi ku lagi?

Cotton From Indonesia
Crepe & cotton Jakel

Chiffon + SB Line Gulati’s

Chiffon (tudung) Gulati’s

Ish ish ish… Napela Yan ni teruk sangat… yg tempah lum siap dah ade yg lain? ish ish ish … ni smua pasal jakel dan gulati’s la ni…. waaa..

Comments (4) »

Cinta Balqis

Emm… Ntahla.. tetiba nak update pasal drama kat TV3 kul 6:30 tu.. memula cerita tu kuar dulu, Yan nyampah gila nak tengok.. yela.. kisah pompuan yg berangan nak kawin ngan lelaki kaya.. sedangkan kawan baik die tu dok syok ngan die, die wat tak perasan je.. Dahla kawan die tu hensem dan lelaki kaya tu tak hensem.. (ada apa pada rupa?) weih.. pada Yan penting tuh… sebab nak tengok hari-hari.. tak hensem, manis pun kenela ada… Macam Mr. Hubby (eceh… nak gak bodek tu)
Eh.. apasal meleret ke laut lak ni? Tapi sekarang, Yan setia tengok cerita tu… semalam lak episod die jumpa balik hubby die yg disangka dah arwah.. dan dalam masa yg sama, die dah nak kawin ngan best friend die tu… argh… kenapakah.. Inilah cerita melayu yg kedua boleh buat Yan tangkap leleh… selain nurkasih …
Part mana yang Yan sedih sgt tu? Part bila mak cik biah tu nangis, Yan pun nangis.. Ntahlah apa aje yang Yan fikirkan sampai nangis.. sifat keibuan kot.. dok terbayang perasaan anak yang sanggup menunggu perempuan yg sama dari pompuan tu dah kawin, dah takde laki, dan akhirnya impian hampir tercapai, tak dapat gak…adoi.. ade lagi ke laki macam ni dalam dunia ni ? Pompuan tu, Yan rasa adala…
Setakat ni, mangsa keadaan dalam cerita ni Hasan dan Mar…. Okay … tak sabar nak tunggu episod seterusnya hari ni… cau cin cau dulu…

Comments (4) »

Penyerahan Projek Asrama

Rumah Warden Lelaki
Asrama Lelaki

Rumah Warden Perempuan

Dewan Makan

Asrama Perempuan
Alhamdulillah.. setelah 2 tahun tempoh pembinaan bangunan ini, akhirnya telah selamat diserahkan kepada pihak pelanggan Pejabat Pelajaran Daerah pada 5 Januari 2010.
Berbagai rintangan dan masalah yang perlu ditempuh sebelum kami (semua yg terlibat) berjaya menyiapkan projek ni.. Apa masalahnya? Tak perlulah dikenang-kenang lagi… Jadi sekarang Yan sedang sibuk menyiapkan paper work sebelum proses menutup akaun (selalunya dalam tempoh 1 tahun lagi) Semua melibatkan RM RM RM … jadi, bila lambat sikit je, mulalah ade yg meraung raung( melalak) nanti…
Kalau korang dapat tinggal kat Asrama ni, korang suka tak agak-agaknya?
Kalau Yan, Yan suka nak tinggal kat umah Warden tu… selesa woo..

Comments (5) »