Archive for July, 2010

My New Toy & My New Blouse

Memula nak ucap bebanyak terima kasih pada Mr. Hubby yang sangat memahami Yan.. Dengan adanya My New Toy ni, senangla Yan nak bereksperimentasi dengan kain-kain yang ada…

This slideshow requires JavaScript.

Sebenarnya, Mr. Hubby ni faham benar perangai Yan .. Yan seorang yang tak suka bila nak kan sesuatu, benda tu takde or terhalang or tak jumpa… macam tudung , bila nak pakai untuk matching ngan baju, tetiba tak matching… that’s why Yan ada 1 warna tudung tapi ada beberapa tone.. Baju dan seluar pun gitu.. So, Mr. Hubby sangat tak suka Yan moncong , dan die tengok Yan minat menjahit… selalu gak menyusahkan die sebab ade je nak ke pekan untuk hantar jahit tepi… Bila Mr. Hubby  suruh Yan pilih, Yan pilih mesin interlock ni..

Owh.. lepas je dapat ( dapatla kan… sebab bukan Yan yang beli ) Yan pun cuba jahit Peasant blouse.. Dan akhirnya siap gak peasant blouse ni.. Kelakar ke? memula Yan rasa kelakar, but bila dah siap, bangga sebab kreatif gak Yan ni kan…Tak lupa juga , thanks kepada Normi pasal susah payah wat tutorial kat WPnye…  huhuhuhu…  so, apa projek seterusnya?

Advertisements

Comments (1) »

Jumaat tiba lagi

Harapan Yan Jumaat kali ini tidak seperti Jumaat yang lalu… Dugaan datang bertimpa-timpa… Namun, Alhamdulillah .. dapat kami tempuhi dengan baik… dah hampir 3 minggu kami sekeluarga tidak berlibur.. Harap2 minggu ini dapatlah kiranya berjalan2 or tengok movie barangkali?

Ammar pun dah ok.. Dah ada selera macam biasa… Barula senang hati nak berjalan… Cuma sekrg die banyak berdiam diri.. kalau dlm kereta, die duduk bersandar.. kalau kat rumah, die duduk di sofa.. (itu kat rumah Yan.. kalau kat rumah nenek, tak duduk langsung) tido pun sekarang dengan Mr. Hubby.. sejak balik dari hospital Ammar tak pernah tido lagi ngan Yan.. Bila ditanya, sempit… mungkin juga.. sebab Asyraf sekarg dah tido berpusing2 mungkin masa die nak naik katil, Asyraf dah masuk ke ruang tempat die selalu tido… tu yang die beralih arah… Emmm… makin jauhla mama ngan Ammar…

Yeah.. This week macam macam dapat diselesaikan… Alhamdulillah… Laporan yang perlu dibuat dah siap dan bos juga dah brmesyuarat … Minit juga telah siap.. Dan lagi satu, my present yang Mr. Hubby suruh Yan pilih tu… Yan dah pilih dah… dah beli pun … Tadi dapat panggilan barang tu dah ada…

Apa dia ? Huhuhu mesin jahit tepi SINGER… Thanks to Mr. Hubby yang berbesar hati nak belikan.. Kenapa beli benda tu? Ye la … menjahit tak pandai sgt tapi dah beli macam macam… huhuhu… Yan suka menjahit.. Dan boleh menjahit… Cuma kene selalu practice.. Practice make perfect kan? Lagipun puasa dan raya dah nak dekat nih… Baju2 raya kami semua dah siap… cuma langsir je belum… Mr. Hubby request jangn beli kain yang berat.. Baiklah… masih survey .. rasanya tahun ni simple saje.. untuk bahagian hall je pun.. bilik pakai je yg lama…

tengoklah nanti cemana… ok… till see ya then…

Comments (1) »

Gembira tapi sedih

Apa tajuk macam tu? Itulah gambaran perasaan Yan sepanjang minggu lepas… ok kita cerita pasal GEMBIRA…
GEMBIRA bila Mr. Hubby offer nak beli sesuatu untuk Yan.. di mana nanti benda tu akan dikira juga sebagai My birthday present for the next year.. Huhuhu .. Semasa sedang berdolak dalik nak memilih, keputusan macam dah ada tapi macam berat sangat hati nak ke kedai tu..

Di pejabat pula langsung tiada idea untuk mengarang laporan dan minit… langsung takde mood nak buat kerja.. dan akhirnya tahulah penyebabnya…

Ammar nak kene demam panas.. yer.. Yan sangat SEDIH bila die kene masuk air dan warded… Setiap hari Yan menangis .. kalau teringat pasal die kat wad.. walau cuma 2 hari 2 malam… dan lebih menyedihkan Yan tidak dapat menjaganya sepenuh masa di wad… Kenapa? Teruk sangat mama Ammar sampai anak sendiri die tak jaga ? Yan nak … tapi .. My little ones masih menyusu badan… dan baru beberapa ketika Yan bawa masuk ke wad die sudah demam.. Patutla Nurse tak bagi baby g hospital… Baby sgt senang dapat penyakit.. Dan Ammar pula mungkin faham.. Mama tak bole jaga pasal kene jaga Asyraf.. Jadi yang membuatkan Yan terasa .. Ammar hanya nakkan Nenek , Mama Yeye (My sis) and his Father.. Walaupun Yan tercongok (waktu siang) kat situ, die tak nak kan Yan menjaga nya.. sedihkan? Bila ditanya sayang siapa? Nenek, Papa, ngan mama yeye…

Malam pertama sangat kritikal… die menggigil kesejukan.. My mum yang menjaga die pun menangis peluk die sambil tekap badan die ngan air suam.. so for the next day Mr. Hubby take over… dan Yan MERAYU kepada nurse supaya membenarkan his father yang jaga waktu malam.. kerana Yan tak dapat jaga begitu juga nenek yang memang tak berapa sihat…

MERAYU.. it means with air mata berjujuran kerana rasa bersalah sebab susahkan mak sendiri… rasa sedih pasal tak bole jaga anak sendiri… rasa sedih anak sendiri tak nak mak sendiri… huhuhuhu… last week yang penuh air mata… bawak kete g hospital pun nangis nangis … adoi… tak tahan la…

But Yan enjoy (enjoy ke?) sepanjang masa menjaga die sebelah petang sehari seblum die dapat keluar… Yan perasan die macam happy lepas IV kat tangan die dicabut … cabut pun pasal jarum tu dah bengkok dan air dah tak ble masuk dalam urat die… (ganas mamat ni…) dalam 2 botol lebih gak dimasukkan air budak ni…Thanks to Allah lepas cabut IV tu dr kata tak perlu set lagi…

Yan dah perasan , sbenarnya Yan ni pelawak … bagi Ammar la kot.. Yan jarang dapat gelak ketawa ngan anak-anak… banyak marah je.. huhuhu… but bila mana tiba masanya, kenela jadi pelawak kan.. nak kasi die happy balik… ntah mane datang kekuatan kat die, nak mandi pulak… nak mandi air sejuk lak tu… nasib baikla dah tak demam .. bolela mandi…

Lepas mandi , mulut die automatik becok balik… adoi… selamba je kata “mama gemuk” sabo jela… nasib baikla ko baru baik Ammar oi… kalau idak dah lama ku kutil…barula die rasa semangat nak makan dan minum… Ye.. Yan GEMBIRA semula…

Maka malam kedua Ammar ditemani Papanya … Tiada lagi demam tapi masih bawah pemerhatian…

Pagi terakhir di wad.. Yan tak dapat datang awal sgt pun.. tapi sempatlah beli nasi lemak .. permintaan Ammar.. Yan tak de selera sejak die dimasukkan wad.. masa dr. datang wat pemeriksaan, hati Yan berdebar2… sebelum dr. datang, sempat jua Yan mandikan Ammar… kasi die segar, wangi, bertenaga… dan bila dr kata, ” dah bole balik…” yahoooo…

Alhamdulillah anak mama dah bole balik…tapi biasala… nak kene tunggu laporan dulu, bayar bil dulu, amik ubat dulu, barula dapat keluar… dan hujan rahmat mengiringi kepulangan kami…

SEDIH lagi … sebab bila dah sampai umah nenek , die langsung tak nak dekati Yan… Huhuhu… Yan tau… die merajuk.. Harapan Yan, rajuk nye tak sampai ke hati… Yela.. Asyraf pulak demam… dan biasala, bila nampak kelibat Yan, die dah mula merengek… Kesian Ammar macam terpinggir tu yang die menumpang kasih orang lain…

Alhamdulillah Asyraf pun dah tak demam… cuma selsema dan Ammar masih batuk yang kadang2 membuat die terbelahak (muntah)… Harapan Yan mereka berdua kembali sihat… Kasihan mereka … cepat benar mendapat penyakit..  

p.s : kata-kata nurse yang menambah rasa bersalah pada Ammar ….” die tak menyusu badan ye? patutla… kalau menyusu badan mesti die rapat ngan mama die…” (Yan hanya menyusukan Ammar selama 1 bulan sahaja)

MAAF KAN MAMA ANAKKU … MAMA JAHIL KETIKA ITU..IMAN MAMA GOYANG… KESABARAN TIPIS … KEAZAMAN TIADA.. SEMOGA KAU MEMAAAFKAN AKU ANAKKU …

Comments (1) »