Keliru

Entry ini khas untuk Muhammad Ammar Mirza

Mama keliru dengan sikap Ammar.. Mama yang silap ke?

 Kenapa Ammar asyik sebut nama orang lain?

Tau tak Mama sedih tiap kali Ammar kata tak sayang Mama?

Tau tak Mama selalu rasa sedih bila kenang kan anak-anak Mama?

Kenapa Ammar seolah-olah ingin menduga Mama dan Papa?

Kenapa? Teruk sangatkah layanan kami terhadap Ammar

sampai Ammar tak nak balik tido ngan Mama Papa?

Pernah satu hari Mama tanya pada Ammar, ” Ammar sayang Mama?”

Ammar jawab, Ammar sayang Papa ngan Akim je…

Tahu tak Mama dah lama tahan sedih bila diperlakukan seperti orang asing oleh anak sendiri?

Kali itu, Mama keluarkan airmata Mama… Mama nangis sungguh2 depan Ammar..

Ammar pujuk Mama… ” dah jangan nangis, lap air mata tu.. Adik tipu je.. Adik sayang Mama.. apela dah besar2 pun nak nangis…”

Orang besar lagi banyak nangis anakku… Orang besar tak menangis tanpa sebab…

Tapi tiap minggu Ammar buat Mama dan Papa tertanya-tanya…

Ammar tak sayang Mama dan Papa lagi ke?

dan Mama menangis lagi…

Advertisements

4 Responses so far »

  1. 1

    anis said,

    sabarla yan..kadang2 budak2 ni tak paham apa yg diorang maksudkan dalam kata2 tu..namapun tak matang lagi..biasalah dalam nak meningkat dewasa nie banyak kekeliruan dalam memahami erti kehidupan..lebih2 lagi bila dikelilingi oleh macam2 ragam kat sekeliling diorang..mgkin layanan yg diterima dari org sekeliling dia berbeza2 dan kemahuan serta kehendak dalam diri dia juga lebih dari yg kita jangkakan..yan jangan putus asa..lebih2 lagi yan ibu dia..mmg sedih bila anak cakap mcm tue..dan kita juga sebagai ibu bapa..cuba renung balik..mgkin ade kesilapan kita dari satu2 sudut yg kita tak sedar..budak nak membesar ni mmg banyak dugaan dalam kita nak ” mencoraknya”….jadikan diri kita teman/kawan rapat dia..duduk seolah2 kita berada ditempatnya..apa yg kita nak dari ibu dan bapa kita..apa yg kita suka/tak suka..mgkin dengan itu kita akan lebih memahami anak2 dan rapat dgn dia….ok yan..sama2lah kita berusaha utk jadi ibu bapa yg baik…good luck yan..jgn sedih2 yee….

    • 2

      luvyayan said,

      thanks Anis, ni tengah dok fikirla ni kenapa anak Yan lebih suka kat orang lain daripada mak bapak die sendiri… nak kata kurang perhatian, rasanya Imran tu lagila kesian … cepat dapat adik… Ammar ni lama gaklah baru dapat Akim.. Die macam menguji kami sebenarnya… susahnyala nak faham anak-anak ni… mungkin aku tak suka mengingat zaman kanak-kanak aku… sebab tulah aku lambat faham anak aku…

  2. 3

    ckNorm said,

    peluk dia selalu, yan… Bisik kat dia yang yan sayang dia. Bertahan, sabar, senyum…


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: