Archive for berpantang

Baru 25 hari..

Baru 25 hari , Yan dah tak senang duduk… mula la fikir nak buat itu ini.. Ye.. Yan seorg yang tak boleh duduk diam2 dalam waktu yang lama. 40 /44 hari tu angka yang banyak.. sebenarnya Yan takde pun duduk aje tak buat pape..
Hari ke 6 Yan dah mandikan Asyraf. Ntah hari keberapa Yan dah mula masak lauk sendiri. masak nasik, lagi awal.. sidai baju, basuh baju (pakai mesin ) bukan tunjuk kuat… tapi kesian kat Mr. Hubby.. terkejar-kejar nak buat semua. Masa awal-awal (masa Mr. Hubby masih dalam cuti 7 hari) tu okayla nk harap kat die.. bila dah mula keje, Yan buat la sikit-sikit..
Sekarang ni dok memikir nak ngemas almari baju tu.. Yela.. nak simpan baju2 preggy semua masuk kotak balik.. Nanti dah nak keje baru nak terhegeh-hegeh mengemas, mesti penat.. Tapi, tu la.. Asyraf ni suka sangat nak berkepit.. nak wat keje pun selalu cepat-cepat mane sempat…
Pastu kengkadang tekak teringin nak makan kek coklat.. bila beli brownies kat SR, tak menepati citarasa lak.. Kukus tu dah melambai je .. tepung2 tu pun dah mengetuk-ngetuk dari dalam almari.. argh.. kalau bagitau kat Mr. Hubby, mesti die dok geleng je..
Tapi Yan tau, Mr. Hubby dah mula rindu ikan bilis goreng kicap ngan cili Yan..
Baru 25 hari tak tido dengan Ammar, die pun dah tau rindu.. dan selalu menceroboh bilik Yan dan tido sekatil ngan Yan dan Asyraf…
Baru 25 hari, Yan dah rasa tak senang hati tengok bilik air tak berberus.. (2 minggu sekali helper basuh)
Baru 25 hari, Yan dah tak senang duduk mengadap tv dan curi-curi keluar ke pekan.. (with Mr. Hubby)
Baru 25 hari, Yan dah rasa macam dalam bulan puasa.. pasal tak bole makan itu ini..
Tapi…

Leave a comment »

Gambar-gambar Produk Pilihan

Gel Sireh Emas
Set Lengkap 12 minggu – 44 hari pantang

Bengkung Moden

Breast Pump.. (Azam baru anak ketiga)

Confine Mum Set A (Leesa Formula)

Leave a comment »

Produk pilihan

Kita cerita pasal produk yang Yan akan guna sepanjang berpantang nanti.. Saje nak cuba Leesa.. sebab Yan dah dapatkan feed back daripada kawan-kawan yang breastfeed anak-anak diorg, Leesa formula ni takde bagi effect pada baby.. Kalau dulu, Yan makan Mustika Ratu.. Apapun keberkesanan sesuatu produk bergantung pada penggunanya juga.. Cuma harapan Yan, semuanya akan baik-baik sahaja..
Tak ketinggalan juga disamping Leesa, Yan sebenarnya ambil Salindah.. sejak minggu ke 12 lagi.. dan akan terus juga mengambilnya sehingga habis pantang.. (Yan memang amik full set) Semua anak-anak Yan, Yan memang makan Salindah… Sorry, gambar takde .. tapi korang sume pun tau macam mane rupanya kan.. ubatnye manis je.. kemam dan telan.. cuma lepas bersalin die ade tonik.. (cecair) tapi pun takdela teruk rasanya.. okay je..
Selain daripada jamu-jamu tu.. untuk luka jahitan, Yan amalkan lepas buang air, keringkan, dan tekap pula dengan air garam (guna kapas) pastu sapu pulak dengan jel gamat.. insyaAllah.. dalam 1 minggu jahitan dah bercantum..
Untuk bengkung, sebelum-sebelum ni Yan sapu perut dengan Minyak Herbanika (Nona Roguy) pastu baru lilit bengkung.. Tapi , kali ni Yan nak cuba produk baru yang lebih mudah iaitu gel sireh dan bengkung moden.. Yan dapatkan produk ni melalui online… belum sampai lagi.. Nanti kalau dah sampai, Yan upload gambarnya ye.. Okay.. Rasanya setakat tu je dulu update untuk produk pilihan Yan semasa mengandung dan berpantang…

Leave a comment »

Persediaan Yan (3 bulan lagi)

Isnin lepas gak Yan buat monthly check up.. Yan ok, berat dah naik, Hb pun ok 11.3 .. Takde kencing manis… Alhamdulillah.. Cuma…
My baby masih suka berdamping dengan urinya.. kalau last month uri tu dah naik, tapi kali ni, uri tu turun balik…Em.. ade 2 bulan lagi untuk tau samada Yan boleh bersalin normal or tak..

Semua yang bakal melahirkan pasti berharap dapat melahirkan secara normal.. Yela.. penjagaan selepas bersalin tu, taklah susah sangat.. Sakitnya pun, tak lama sangat..Itu pendapat Yan.. Tapi kalau keadaan tidak mengizinkan, Yan kenelah terima… Doa Yan tak putus-putus untuk ini…
Emm.. memandangkan keadaan kesihatan Mama yang tak begitu mengizinkan, Yan dah mula buat persediaan untuk berpantang di rumah sendiri.. dan pasti dengan bantuan Mr. Hubby.. MaPa, Yan tak dapat nak harap apa-apa.. Cubalah apa yang boleh..

Kalau ikutkan, Yan jenis yang tak berapa berpantang.. cuma dalam waktu 1-2 minggu (bergantung cepat atau lambatnya luka jahitan Yan baik..) Yan agak tertekan sikit.. Lepas tu, (bila dah baik) Yan dah ok.. tapi surelah berbengkung (paling lama 1 bulan) .. 2 kali Yan berpantang sebelum ni, Mama yang jaga.. Tang makan minum la.. mandikan baby, nampaknya kali ni, Mr. Hubbylah yang kene wat..Takpela.. Yan tak cerewet tang makan.. Cukup ade nasik ngan ikan bilis goreng dan sayur sawi masak air.. hari-hari pun Yan sanggup je makan lauk tu.. dan kali ni Yan kene la carik Pati Ikan Haruan..

Untuk berurut pulak, Yan dah bagitau awal-awal kat kakak yang selalu urut Yan tu (tukang urut komersial).. Kali ni, Yan cari tukang urut yang boleh datang rumah.. Dulu Yan menggunakan khidmat tukang urut kampung .. Duduk kat Sg. Kelambu, kesian Papa bergilir dengan Abah untuk amik dan hantar Wak tu..Sekarang pun Wak dah tak boleh mengurut sangat… Wak penah kene Chikukunya.. Badan dah tak kuat.. Lagipun Wak dah tua.. Biarlah die berehat..

Yan gak dah hampir siap mengemas bilik Berpantang.. Haha.. Manela bole tido sekatil dengan 2 hero tu.. Walaupun katil-katil sediada kat dalam master bedroom tu dah besar… (jenis queen) tapi melalui pemerhatian Yan, budak-budak tu tidur sangat lasak… Nanti habis adik diorg kene hempap.. Yang Ammar pulak jenis menjeles.. kengkadang bolehla pulak die bangun mencarik ketiak orang…takpun berhimpit dengan Im dan Papanya.. Tak dapat dibayangkan kalau diorang tido dengan baby nanti… Ish.. tak payah bayangkanlah… Jadi biar diorang tido ngan Mr. Hubby.. Gambar bilik, nanti bila dah siap semua, baru Yan kasi tunjuk okay..

Leave a comment »