Archive for hobi

Melaram je kejenye…

Yayayayayayayyayaya… yan sangat suka melaram, yan sangat suka kain… yan sangat suka membeli belah.. yayayayaya… maaf kan ajela.. orang yang sedang tensen ni… daripada die mengaruk dok kat umah, layan kan jela… hahahha ketawa jahat… weng weng betul…

Advertisements

Comments (6) »

Hobi ku lagi?

Cotton From Indonesia
Crepe & cotton Jakel

Chiffon + SB Line Gulati’s

Chiffon (tudung) Gulati’s

Ish ish ish… Napela Yan ni teruk sangat… yg tempah lum siap dah ade yg lain? ish ish ish … ni smua pasal jakel dan gulati’s la ni…. waaa..

Comments (4) »

ish ish ish…Antara Hobimu dan Hobiku

My new bracelet, necklace & pendant (Adore design)

Golf set baru Mr. Hubby (dulu Mr. Hubby pakai set Bro Khir)

ish ish ish…. penangan YES MST Kelana Jaya.. dan Habib Jewel

BERBALOI BALOI

Justify Full

Comments (7) »

Koleksi kain Cotton & Viscose

Kain-kain ni nak buat baju kurung …Semua kain ni (kecuali 3 dari kanan) kene rendam dulu sebelum potong..

Untuk merapatkan struktur jalinan / ikatan kain (jenis viscose, cotton dan kasarubiah)

Ini kain ela untuk baju melayu Mr. Hubby dan anak-anak.. ( cotton s.b line)
Mr. Hubby punya pilihan untuk raya tahun depan.. Mr. Hubby seorang yang sangat-sangat memilih dalam bab pakaian.. Apasal awal sangat pilih tema? Memang kebiasaan .. kami akan siapkan baju-baju raya tahun depan sebelum raya haji.. lagipun, anak-anak Yan cepat membesar.. Mesti raya haji nanti diorg dah tak muat pakai baju raya tahun ni… Sebenarnya Mr. Hubby ada satu lagi kain untuk baju melayu.. s.b. line ungu (bos Mr. Hubby bagi).. tu lum carik yang sedondon dengan anak-anak..
Nasiblah pekerjaan Mr. Hubby ni memang selalu gak pakai baju kebangsaan ni full set.. Jadik, takdelah istilah membazir buat baju melayu banyak-banyak.. Begitu juga baju batik.. Apa saja warna baju batik Yan, mesti Mr. Hubby ada yang sama. Harus sedondon gitu..
Hahahaha.. Kami sebenarnya ada sikap yang sama kan? Sikap apa tu?

Leave a comment »

Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan

Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan.. Gagal sekali tak bererti kita harus gagal lagi…

Apasal Yan bermadah-madah lak ni? Hehehe.. Ni sebenarnya kata-kata motivasi diri sendiri.. Ye la.. semenjak 2 menjak ni kan Yan sibuk belajar menjahit.. daripada 10% jer ilmu tu, lama-lama Yan dah tau macam mana nak selesaikan masalah.. Tapi belum 99%.. baru berjaya boleh kata .. 75%.. Contohnya, dalam menyiapkan baju Kedah tu, Yan telah melakukan 2 kali kesilapan masa nak membentuk bahagian leher… Kesilapan disedari setelah tiba langkah mengelim / mengemas kan lipatan… Tak faham? Cuba tengok bahagian leher baju (biru dan kuning) tu betul2.. dan bezakan dengan hasil yang sepatutnya.. (pink).. Yan tak nak lah hanya tunjuk yang cantik-cantik dan berjaya sahaja… Tapi Yan pun nak kongsi kesilapan-kesilapan yang Yan dah buat..
Setelah beberapa minggu belajar menjahit, bahagian paling susah dalam pembuatan pakaian adalah leher.. silap sikit, herot berot ke laut la jawabnya…
*Teringat kisah Kakak Ipar yang dulu belajar menjahit baju kurung.. Boleh terpotong / jadi 2 lubang leher… Macam mane tu? Alamat ke tong sampahla jawabnya…
Cerita pasal tong sampah, pagi tadi, 6 biji muffin telah masuk ke tong sampah.. Gara-gara silap guna function.. Selalu, kalau Yan bakar muffin or kek, Yan akan guna api atas dan bawah.. barula masak elok (tak hangus) Tapi tadi, Yan guna api atas je.. Bila keluarkan, bahagian dalam tak masak lagi… So, bijakla kononnya.. Bakar lagi guna api bawah saje.. Emm.. tetiba bau hangit .. siap berasap lagi.. Nasib baik tak rentung… Nasib la ada lagi balance adunan untuk buat 6 lagi muffin.. Saje..Bawak bekal untuk anak-anak….
Akhir kata, tumpuan dan konsentrasi perlu dalam melakukan sebarang kerja … tak kiralah kita dah pernah buat sesuatu perkara tu banyak kali pun, ada kalanya, akan berlaku kesilapan…

Leave a comment »

Hasil hobi 1

Kalau terbaca entry hobi baru Yan, Yan ada cerita nak cuba jahit jubah kan? Okay, hasilnya Yan dah berjaya buat 1 jubah.. Kalau tengok bentuknya, dah jadila seperti yang Yan nak.. Tapi kalau tahap kekemasan jahitan, Yan belum okay lagi… Perlu lebih latihan.. Jubah tu memang buat takde cutting.. Yan ikut jubah siap yang ada.. Jadi, bolela Yan pakai masa pregnant ni… dan lagi, Yan cadang nak tambah jahitan manik pada depan baju dan hujung lengan.. Okay ke kawan-kawan?
Sebagai memulakan sesi belajar ikut buku seni jahitan yang Yan beli tu, Yan cuba buat baju kedah… Untuk dipakai lepas bersalin nanti.. Emm.. dah siap jahit tepi, tinggal nak cantum je.. Dan lagi, baru cuba buat baju je.. Kain belum lagi..
* mencabar betul nak potong kain selain kain cotton.. Kain cotton viscose tu pun tak kurang degilnya.. Sabar je la..

Leave a comment »

Kawan baru…

Memeperkenalkan kepada semua.. Kawan baru Yan.. Yang selalu menemani Yan selepas waktu sahur.. Sebenarnya kami baru je berkenalan.. Dalam bulan puasa ni gak.. Thanks pada Kak Shely.. Kalau Kak Shely tak kenalkan Yan pada ‘kawan baru’ ni, mesti Yan belum dapat melunaskan hajat hobi Yan..
Mesin jahit portable SINGER jenis featherweight II ni adalah kepunyaan Kak Shely. Telah lama dibeli tapi tidak digunakan lagi.. Memandangkan adik bongsunya ni sibuk nak belajar menjahit, jadi dipinjamkanlah mesin ini kepada Yan… Begitu juga peralatan menjahit yang lain-lain… Kenapa Kak Shely ada semua barang ini, tapi tidak menggunakannya?
Kak Shely merupakan seorang guru ERT.. Ala… cikgu masak-masak dan jahit-jahit tu.. Tapi, hampeh kan? Ilmu yg ada tidak dipraktikkan.. Yan ni yang terhegeh-hegeh nak buat macam-macam.. Nak masak la, nak menjahit la.. Tapi Yan tak belajar pun.. Maksud Yan, dengan lebih mendalam perkara-perkara tu.. Dengan ilmu yang ada, Yan tekad nak buat sendiri.. Kalau tak cuba, tak tau kita boleh atau tidakkan?
Sorry to say, dah 2 cikgu ERT dalam keluarga Yan, diorg ni pemalas lipas. Malas masak malas jahit baju sendiri walaupun ada ilmunya.. Tapi kalau suruh bagi komen… Wow … terhebat… Sehingga sakit hati mendengarnya.. Dalam keburukan tu, ade baik nya pulak.. bole buat reference.. tentang jenis-jenis kain, cara penjagaan, jenis-jenis bahan masakan… Kalau suruh buat? dalam 10, 1 je kot… Ampun kakak ku…

Leave a comment »