Archive for juadah berbuka

Juadah berbuka semalam

Watermelon Juice
telur dadar yang dah kene cilok oleh Ammar

Kailan ikan masin

Udang goreng tepung- wishlist Mr. Hubby
Emm… Ni je yang sempat disediakan semalam.. Mr. Hubby balik lewat sebab ada meeting kat SUK.. Ntah pape la meeting buat petang. Kan bagus buat pagi, takdela yang dari daerah jauh tu tergesa-gesa nak balik berbuka ngan anak isteri.. Dah lah tu kalau jem teruk lagila haru.. kene berbuka tengah jalan.. Apela… Dan kesian kat Yan ni.. tertunggang tonggeng bersilat kat dapur tu.. Walaupun juadah tu tak susah mane nak sediakan, tapi budak 2 orang tu suka bikin hati jadi panas.. Kalau di biar berdua, ade aje benda nak dibuat.. Sepahkan biskutla, tolak-tolak la.. Aduh hiruk piruk dibuatnya.. Tu belum kejap-kejap datang dapur mintak susula, milo la.. Penat woooo…. Tapi, alhamdulillah Yan sempat gak siapkan semuanya sebelum waktu berbuka.. dan Mr. Hubby sempat sampai sebelum azan untuk melayan anak-anak…
Bukan tak nak beli je kat PaRam, tapi bayangkanlah Yan nak mengheret 2 budak tu g PaRam? Hish, tak dapat bayangkan.. Emmm… hari ni Mr. Hubby ada meeting lagi kat SUK.. Petang gak… Argh.. Apa nak masak ni?

Advertisements

Leave a comment »

Kesukaan Mr. Hubby (Juadah berbuka semalam)

Semenjak dua menjak ni Yan dan Mr. Hubby rajin ke dapur.. Kira berasap asap lah dapur Yan tu..Semalam makanan ala seafood.. Tomyam sayur + udang dan ikan siakap bakar.. Emmm.. tomyam tu senang jer.. Ikan bakar pun.. Tapi selama ni kat umah Mama, Yan bakar atas dapur je.. Semalam buat pertama kali nya Yan bakar kat rumah ni guna oven.. Disebabkan Yan tak berapa arif tentang function yg banyak kat oven tu, Yan pun gunakan talian hayat.. Sape lagi, kalau bukan sifu memasak.. Pn. Normi.. la.. Thanks Normi , lihatlah hasilnya…
Hehehe… sekian laporan pada hari ini.. dapur bakal berehat dihujung minggu.. Tapi, rasa gatal je tangan ni nak cuba resepi yang lain..
* Eh, ada orang ajak shopping baju raya la weekend ni? jadi ke?.??

Leave a comment »

Cuba Masak..

Malu sebenarnya nak mengaku.. tapi ngaku gaklah.. percaya tak, dah 4 tahun hidup berkeluarga, Yan belum pernah menyediakan Juadah Raya sendiri? Selama ni dok mengharap kat Mama untuk masak dan Yan tolong-tolong je… Dan tahun ini, sudah tiba masa untuk membuat anjakan paradigma (ceh yoyooo jer..) Jadi, percubaan pertama adalah Rendang Ayam Minang.. Ha.. Resepinya Yan amik dari blog Ummizaihadi.. Alhamdulillah.. Mr. Hubby suka.. (mangsa pertama) Yan gamble je.. 2 jam siap masak rendang dan rebus n. himpit … Lemang ngan kuih tepung pelita tu Mr. Hubby beli kat PaRam.. Thanks to Ummi..

Nampaknya tahun ni Yan tak datang rumah Mama dan Mentua dengan kek buah sahaja.. tetapi ada rendang dan n. himpit..

* Lepas ni nak cuba masak kuah kacang dan daging dendeng

Leave a comment »

Berbuka Di Manhattan Fish Market

Orang yang kene belanja…. Tq Tq

Fish & Chips

Orang yang gumbira dibelanja…

Die ni makan ice cream je…

Flaming ape ntah name die.. Not bad…

Isnin Yan sekeluarga gatal-gatal nak kuar.. Itupun setelah bebrapa hari hanya dok rumah jer.. Bz ngemas rumah sikit-sikit.. Bila penat, tido… bila bangun, dah petang… tak sempat masak… Bila dah macam tu, beli McD makan lebih kurang, lepas solat Maghrib gerak ke Bukit Tinggi… Sebenarnya ade benda yang Yan cari… Ape benda tu? Tak sempat lagi snap gambarnya.. Nanti-nantilah kite update lagi.. Cerita pasal Manhattan Fish Market ni, saje je nak try .. Tak pernah makan kat sini pun.. Keputusannya, emmm… okay okay aje…

Leave a comment »

Juadah berbuka Jumaat lepas

Dalca Ibu Mertuaku
Ayam masak merah..

Pengat Pisang Ibu Mertuaku

Kailan Ikan Masin
Jumaat lepas, anak-anak Atuk diorg dah amik… Jadi, Yan bolela masak untuk juadah berbuka.. Tetiba tengah syok kat dapur, Pak Mertuaku datang bawa Pengat dan Kuah Dalca.. Alhamdulillah… rezeki… Macam tak caya.. Dalam satu hari Yan telah masak 4 lauk.. Kenapa 4? Sebab tengahri tu balik umah Mama sebab nak kene masakkan lauk Mama..Mama lum puasa lagi.. Kat umah Mama masak Asam pedas dan sayur kacang panjang… 2-2 Mr. Hubby tak makan.. Tu yang tak tapau je..
Yan bole masak sebenarnya.. Cuma masa dan tenaga je yang menghalang buat masa ini… Ni pun Mr. Hubby tolong.. kalau tak, tak larat gak..
Mr. Hubby dok puji je ape yang Yan masak… dan akhirnya die gak yang jawab balik…” it’s all about time..”

Leave a comment »