Archive for karenah anak

Bila gambar berbicara

Sibuk nak borak gak
Tengok gambar pun tau diorang berdua kepoh type..

Erk .. Capture by Imran

By Imran too..

Luv this capture

Advertisements

Leave a comment »

Asyraf 3 bulan

Nak story sket pasal anakanda Yan yang ke 3 ni.. Lambat bebenor nak update pasal last month punya check up kan? tak kira nak cerita gak perkembangan Asyraf… Berat nya 5.8kg, sudah pandai mengagah orang.. sangat suka senyum, masih menyusu segar dari Mama.. last week 30/01/2010, kami telah mengadakan majlis kesyukuran dan ukur jambul untuk Asyraf di Kanchong.. Erk.. memang tak jemput sesapa pun kecuali ahli keluarga TERdekat… Humangaih walaupun tak jemput ramai, goodies yang kusediakan habis langsai…nasib baik cukup.. Hehehe…
Okay.. kali ni anakanda ku di pegang oleh Abang Khir aka selaku second brother in law yang tua… Dulu Imran dipegang oleh Abang Asan aka abang sulung Mr. Hubby (masa tu Mr. Hubby baru saja mengalami kemalangan motor dan tak boleh dukung Im) for the second , Ammar, baru Mr. Hubby yang pegang.. so, rasanya dah cukup lah kan? Hahahha… (ayat orang nak tutup kilang)
Untuk anak Yan yang ketiga ni, banyak perkara yang kami tak pernah buat tapi kami buat / terpaksa hadapi…Macam masa kelahiran Asyraf, Mr. Hubby dapat tengok sendiri bagaimana Yan sakit sehingga baby keluar.. Dan selepas tu Asyraf kene jaundice.. bukan sekejap tapi prolong jaundice jadi Yan siap kene bermalam di hospital … Dan setelah majlis cukur jambul, Mr. Hubby berbesar hati nak mencukur keseluruhan rambut Asyraf sampai licin…. Hahahhaa… Dan yang paling membanggakan, (Yan la kan … org lain tak kot..) Yan masih kuat semangat breastfeed Asyraf.. dan merajinkan diri memerah susu untuk bekalan harian Asyraf… Alhamdulillah… Yan amat berpuashati bila mana setiap kali check up berat Asyraf meningkat dengan baik dan membanggakan.. Dan Yan sudah dapat menyesuaikan diri dengan rutin semasa keluar berjalan or membeli-belah dengan Asyraf yang masih breastfeed … (kasi susu secukupnya sebelum melangkah keluar kereta dan Asyraf akan kekenyangan dan mamanya boleh memilih barang dengan senang hati… vavavva..)
Terbaru, anak-anak ku diserang batuk… termasuklah si kenit ni.. kesian betul.. Semoga anak-anak Mama cepat sembuh…

O.. Asyraf sangat mudah dijaga.. Dia ala-ala sopan dan manja gitu ngan Yan..Bila berada di rumah, die lebih prefer direct bf botol-botol die bo layan… hehehe… sayang budak mucuk masam tu…

Comments (2) »

Apakah?

Kenapa Yan selalu rasa panas hati dengan Imran? Mr. Hubby pun selalu tanya soalan ni… Dan Yan akan jawab dengan jawapan yang sama setiap kali… Tapi, kadang-kadang, Yan sabarkan jugak hati .. dengan membiarkan sahaja apa-apa perlakuannya yang … tak boleh Yan terima.. Tapi hati Yan akan jadi sakit sangat… Tak taulah apa yang anda, anda dan anda semua buat sekiranya ,…
1) Baru sahaja masuk dalam kereta , (sepulangnya dari taska) anda telah dihujani dengan berbagai permintaan.. nak tu nak ini..
2) Bila dah turuti kehendaknya, die berkehendakkan yang lain pula..(yang pertama tadi dah tak nak pulak…)
3) Sedang sibuk menguruskan hal lain, anak anda terjerit-jerit… cuma untuk memaklumkan cerita kegemarannya sedang disiarkan… (owh, die takkan berhenti sehingga orang yang dipanggil tidak menyahut atau Yan akan menjerit balik dalam nada yang hampir hilang suara)
4) Cuba bergurau dengan adiknya yang ganas.. dan setelah tewas, melalak pulak..
5) Suka menyampuk semasa orang tua sedang bercakap dengan nada yang menyakitkan telinga
6) Anak anda sangat keras hati
dan last sekali buat masa ini, bila Suami anda…
berkata “Die kecik lagi, tak faham ….”
Yan mengalami semua perkara di atas setiap hari… dan berakhir dengan Imran yang menangis dan Yan menjauhkan diri daripada mereka bertiga …

Leave a comment »