Archive for mr. hubby

1 April = Birthday Mr. Hubby

Di mana saja dengan BB ber FB
Khusyuk sangat…

Birthday boy… erk.. boy ke? man lah…

ye ye je ngoder.. lapar bangat katanya…

His & Mine

Selamat Hari Lahir buat Mr. Hubby… dah bertambah lagi umur … dah 29 tahun.. Tahun ni Mr. Hubby kepingin hadiah awal .. Ye sudah ditunaikan … Blackberry Storm menjadi idaman… Sebenarnya saling bertukar hadiah… My present pun dapat awal.. Blackberry Bold 2 …
Emm malam tadi g makan-makan anak beranak je kat secret recipe bukit tinggi… Awat jauh sgt? Banting pun ada… Sebab Mr. Hubby dapat voucher RM50 dari MST Golf… Dan Mr. Hubby telah terjebak untuk menggunakan voucher RM50 nye dengan membeli Driver baru bernilai RM6++ … vavavavava… apa-apa ajela yang… janji awak gumbira…
Okay, semoga awak sentiasa dikurniakan kesihatan, rezeki yang banyak dan HALAL serta mendapat keBERKATan dari ALLAH S.W.T di DUNIA dan di AKHIRAT… Amin….

Advertisements

Comments (3) »

kekesalan saya…

Yan terdetik untuk membeli majalah ANIS… sebenarnya minat dengan tajuk-tajuk utamanya.. dan sebenarnya hati ini risaukan sikap diri sendiri dan orang terdekat. Setelah membaca artikel ini, Yan rasa, Yan dah melakukan banyak kesilapan… selama hampir 5 tahun bergelar isteri.. Ya Allah ampun kan hamba mu ini.. mari berkongsi apa yg Yan dah baca….
PESANAN UNTUK ISTERI
” GURU pertama seorang anak adalah IBU. IBU kena tunjuk contoh baik sebab ALLAH telah mengangkat martabat kemuliaanibu tiga kali ganda. Andai berlaku dilema memudaratkan dalam rumah tangga yang memerlukan anak memilih antara ibu dan ayah, ibarat bidalan, ” diluah mati emak, ditelan mati bapa, ” maka telanlah bapa. Muliakan ibu
Buat apa yang kita mampu buat yang tebaik terhadap pasangan. Kena yakin kita adalah pasangan ideal yang Allah tentukan jodoh.
Jangan cakap kasar dengan suami walau kita tahu suami memang bersalah. Pantang orang lelaki dikasari.
Dalam mengingatkan suami bab solat, kalau takut dia terleka, maka cakaplah dengan lembut. Pesan secara positif. Pujuk SEKALI sahaja. Contoh, “Yang, dah maghrib tu… ” Tak payah ulang-ulang lagi. Kerja isteri teruskan berDOA.
Untuk SUAMI berubah jadi BAIK, ISTERI kene BERUBAH jadi baik dulu luar dan dalam. Suami lambat laun akan perasan dan ikut berubah.
Untuk dapat ANAK SOLEH, fokus pada pembentukan diri anak, JANGAN kaitkan KELEMAHAN anak dengan perangai BURUK SUAMI. Ini akan jadi hijab (halangan) ke arah pembentukan peribadi dan kecemerlangan anak.
Jangan sibuk cari KESALAHAN SUAMI. FOKUS mencari KEBAIKAN yang telah dibuat sebanyak-banyaknya. Kata Sayidina Ali r.a, ” Kalau orang sibuk membetulkan kasilapan diri, dia tidak ada masa mencari kesilapan orang lain.”
Sesungguhnya Yan dah banyak melakukan kesilapan… saya telah silap memasang niat pada awal perkahwinan …
1. Saya nak jadi baik.. (tak tinggal solat dan tutup aurat) dengan harapan bakal suami membimbing saya.
2. Minta suami terima saya (perangai) seadanya.. di mana saya banyak perangai buruk yang saya rasa, suami terpaksa terima saya kerana jatuh hati dengan saya…
* Kepada Mr. Hubby, kita jarang dapat bercakap secara serius.. tapi bila kita jadi serius, ….

Comments (2) »