Archive for Raya

Sempena Hari Raya

Suasana menyambut lebaran makin terasa kat rumah Yan.. Ntahlah.. Tak tau kenapa.. Tahun ni Yan rasa bersemangat sangat nak raya.. Bayangkanlah.. selama Yan dok kuarters, mane la Yan ade semangat nak menghias rumah? Tapi, tahun ni semangat tu datang.. Buat langsir baru, beli tikar baru, pasang lampu lip lap ni, pasang pelita.. Yan tak pernah buat benda-benda ni sebelum ni.. Dulu, nak raya, yang penting baju raya, kuih raya.
Mungkinkah atas dorongan anak-anak? Imran yang dah mula faham apakah keseronokan raya. Ye.. besar kemungkinan pasal mereka.. Sebolehnya Yan nak mereka gembira..
Namun, disebalik keghairahan kami menghias rumah, Yan sampai hari ni cuma ada 2 pasang baju raya.. Boring la.. takkan nak pakai baju maternity .. Tak glamour langsung.. Jadi cuti 3 hari lepas Yan round shah alam dan nilai … Yan nak cari jubah (yang muat) dan cantik untuk pakai masa raya nanti dan boleh pakai lepas bersalin.. cuma jumpa 1 yang berkenan di hati.. Ade lagi… tapi takde saiz.. penat sangat.. Yela.. benda yang dicari tak dapat.. Kalau dapat, mesti Yan gembira.. Penat pun tak rasa.. Emm… Ni kali ke dua Yan beraya dalam keadaan pregnant. Nak beli baju maternity lagi, macam tak berbaloi pulak.. Dah masuk 8 bulan..
Lagi satu, pregnancy kali ni, Yan punya perangai over sketlah.. Nak melaram je..

e

Advertisements

Leave a comment »

Cuba Masak..

Malu sebenarnya nak mengaku.. tapi ngaku gaklah.. percaya tak, dah 4 tahun hidup berkeluarga, Yan belum pernah menyediakan Juadah Raya sendiri? Selama ni dok mengharap kat Mama untuk masak dan Yan tolong-tolong je… Dan tahun ini, sudah tiba masa untuk membuat anjakan paradigma (ceh yoyooo jer..) Jadi, percubaan pertama adalah Rendang Ayam Minang.. Ha.. Resepinya Yan amik dari blog Ummizaihadi.. Alhamdulillah.. Mr. Hubby suka.. (mangsa pertama) Yan gamble je.. 2 jam siap masak rendang dan rebus n. himpit … Lemang ngan kuih tepung pelita tu Mr. Hubby beli kat PaRam.. Thanks to Ummi..

Nampaknya tahun ni Yan tak datang rumah Mama dan Mentua dengan kek buah sahaja.. tetapi ada rendang dan n. himpit..

* Lepas ni nak cuba masak kuah kacang dan daging dendeng

Leave a comment »

Raya Kedua – Melaka Tour

Yan cuma drive kat Highway je…
Ammar yang girang…

Rumah Arwah Atuk…
Kat kawasan kampung Mr. Hubby yang bawak…. Dengan ‘second driver’
Raya Kedua, adalah giliran Yan beraya dengan keluarga sebelah Yan.. Seawal 9:00pagi kami dah tercongok kat umah Mama.. Nak berkonvoi katanya.. Disebabkan Yan lebih rela drive dari melayan anak2 yang tak reti dok diam dalam kete, Yan & family mesti sampai dulu… (ceh berlagak) Yan memang tak suka mengekor orang… Jadi Yan buat hal sendiri… sedar2 dah sampai Ayer Keroh (ejaan papan tanda..) dok jap kat situ pasal nak tunggu 1 lagi kakak Yan yang datang dari Kapar..Tapi, bile call die ade jauh lagi… Hampeh betul.. selalu die sampai dulu.. So, kami 3 kereta jalan dulu … Jumpa kat umah Arwah Atuk aje kat Kg. Sebatu, Melaka…

Sg. Rambai ni terletak hampir dengan negeri Johor… Kire dah hujung2 negeri Melaka la tu… Nak ke Sg. Rambai kite kene ambik jalan menghala ke Merlimau.. pastu terus je menghala ke Muar, Johor.

Leave a comment »

Hari Raya Pertama

Ammar yang berusaha tanggalkan songkok
Aduh… Macam2 budak2 ni…
Haha… Raya tahun ni berbeza dengan tahun2 yang lain… Pasai apa? Pasai pagi raya Yan kat umah sendiri… Lepas Mr. Hubby solat raya baru balik umah Mak.. Pasai tahun ni giliran Mr. Hubby…. Ammar memang bangun awal… Imran yang kene kejut… Saje Yan lepaskan si adik untuk terjah si abang… Abang plak kalau adik yang kejut, die sengih2 … Sebab adik suka landing2 atas badan abang pastu sodok2 kepala kat tepi badan abang… Hehe… Gaya2 manja la tu….

Leave a comment »