Archive for sikap

Koleksi kain Cotton & Viscose

Kain-kain ni nak buat baju kurung …Semua kain ni (kecuali 3 dari kanan) kene rendam dulu sebelum potong..

Untuk merapatkan struktur jalinan / ikatan kain (jenis viscose, cotton dan kasarubiah)

Ini kain ela untuk baju melayu Mr. Hubby dan anak-anak.. ( cotton s.b line)
Mr. Hubby punya pilihan untuk raya tahun depan.. Mr. Hubby seorang yang sangat-sangat memilih dalam bab pakaian.. Apasal awal sangat pilih tema? Memang kebiasaan .. kami akan siapkan baju-baju raya tahun depan sebelum raya haji.. lagipun, anak-anak Yan cepat membesar.. Mesti raya haji nanti diorg dah tak muat pakai baju raya tahun ni… Sebenarnya Mr. Hubby ada satu lagi kain untuk baju melayu.. s.b. line ungu (bos Mr. Hubby bagi).. tu lum carik yang sedondon dengan anak-anak..
Nasiblah pekerjaan Mr. Hubby ni memang selalu gak pakai baju kebangsaan ni full set.. Jadik, takdelah istilah membazir buat baju melayu banyak-banyak.. Begitu juga baju batik.. Apa saja warna baju batik Yan, mesti Mr. Hubby ada yang sama. Harus sedondon gitu..
Hahahaha.. Kami sebenarnya ada sikap yang sama kan? Sikap apa tu?

Leave a comment »