Archive for teladan

Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan

Tiada Kejayaan Tanpa Kegagalan.. Gagal sekali tak bererti kita harus gagal lagi…

Apasal Yan bermadah-madah lak ni? Hehehe.. Ni sebenarnya kata-kata motivasi diri sendiri.. Ye la.. semenjak 2 menjak ni kan Yan sibuk belajar menjahit.. daripada 10% jer ilmu tu, lama-lama Yan dah tau macam mana nak selesaikan masalah.. Tapi belum 99%.. baru berjaya boleh kata .. 75%.. Contohnya, dalam menyiapkan baju Kedah tu, Yan telah melakukan 2 kali kesilapan masa nak membentuk bahagian leher… Kesilapan disedari setelah tiba langkah mengelim / mengemas kan lipatan… Tak faham? Cuba tengok bahagian leher baju (biru dan kuning) tu betul2.. dan bezakan dengan hasil yang sepatutnya.. (pink).. Yan tak nak lah hanya tunjuk yang cantik-cantik dan berjaya sahaja… Tapi Yan pun nak kongsi kesilapan-kesilapan yang Yan dah buat..
Setelah beberapa minggu belajar menjahit, bahagian paling susah dalam pembuatan pakaian adalah leher.. silap sikit, herot berot ke laut la jawabnya…
*Teringat kisah Kakak Ipar yang dulu belajar menjahit baju kurung.. Boleh terpotong / jadi 2 lubang leher… Macam mane tu? Alamat ke tong sampahla jawabnya…
Cerita pasal tong sampah, pagi tadi, 6 biji muffin telah masuk ke tong sampah.. Gara-gara silap guna function.. Selalu, kalau Yan bakar muffin or kek, Yan akan guna api atas dan bawah.. barula masak elok (tak hangus) Tapi tadi, Yan guna api atas je.. Bila keluarkan, bahagian dalam tak masak lagi… So, bijakla kononnya.. Bakar lagi guna api bawah saje.. Emm.. tetiba bau hangit .. siap berasap lagi.. Nasib baik tak rentung… Nasib la ada lagi balance adunan untuk buat 6 lagi muffin.. Saje..Bawak bekal untuk anak-anak….
Akhir kata, tumpuan dan konsentrasi perlu dalam melakukan sebarang kerja … tak kiralah kita dah pernah buat sesuatu perkara tu banyak kali pun, ada kalanya, akan berlaku kesilapan…

Leave a comment »