Archive for Mama

Gelak Tawa…

Seronok melihat Dia tertawa lagi….

Leave a comment »

Wad 4, Tingkat 5, HUKM – Ahad

Emm.. Ahad, kami sekeluarga g lagi HUKM… Ye la, semalam kan tak dapat lama.. Jadi hari Ahad ni dok lama sikit.. Masa Yan sampai kat Lobi, dah kene tahan.. Ni semua pasal H1N1 .. Menyusahkan betul.. Pasal Ammar kan budak kecik.. Sebenarnya kanak-kanak umur bawah 12 tahun tak bole masuk pun.. Semalam tu, terlepas.. Hari ni, tak lepas pulak.. Adoi.. Cemana pulak.. Tadi dah suruh Mr. Hubby g carik parking.. Terpaksala Yan call die untuk amik Ammar.. Bila dah jadi camtu, Yan pun mintakla Mr. Hubby g bawak anak g jalan-jalan sementara kami cari jalan untuk seludup masuk budak-budak tu.. Bila sampai je jumpa Mama dan Papa, Yan ngadulah kat diorg pasal budak-budak tak lepas naik.. Macam-macam lah idea …
Tak lama pastu, Mr. Hubby call.. Seronok bawak anak-anak g tengok sekolah lama die… Mr. Hubby ex Alam Shah.. Kan ade dekat-dekat situ gak.. Emm.. Yan risau sangat, En. Yasin tu bukan suka sangat g berjalan-jalan tak tentu arah.. Harus die mengamuk nanti.. Tapi , nasib baiklah ade sekolah tu… Boleh die mengimbau kembali zaman kegemilangan dulu.. tak gitu En. Yasin?
Lega la hati Yan… Okay, Mama dah tak pakai saluran buang air lagi .. begitu juga saluran ubat kat hidung.. Alhamdulillah.. Tapi, Mama still tak boleh jalan lagi.. Sebabnya, jarum / saluran nak masukkan stent tu baru je dikeluarkan dari bahagian pinggang Mama pagi tu.. Itu baru satu, dan masa Yan tengah tunggu Mama petang tu, baru dikeluarkan satu lagi.. Rupanya ada dua saluran.. Mati-mati Yan ingat satu.. Papa yang cerita.. Rupanya Papa pun tak tau ada 2.. Ada kekeliruan di situ.. Pasal kenapa ada 2.. Sedangkan stent yang dimasukkan 1.
Mama pakai diapers .. Jadi, bila Yan tengok die macam gelisah, Yan tanya la.. “Mama buang air ke?” Mama jawab, ” Entahla..” Erk.. Maybe Mama tak rasa sangat lagi.. Jadi Yan offer nak tengokkan.. Tapi Mama tak kasik.. Maybe Mama malu.. Mama siap kata lagi ” Tunggu Papa”
Yan pun call Papa cakap pasal benda ni.. Papa mintak Yan gantikan.. Yan kata, macam mana nak ganti? Mama tak kasi tengok pun.. Die tergelak kecik.. Dan setuju menunaikan permintaan isteri tersayang..
Agak-agaknya… SUDIKAH SUAMI YAN BUAT PERKARA YANG SAMA BILA YAN TAK SIHAT NANTI? – Sebenarnya Yan dah tau jawapannya..
Dan sebenarnya Mama buang air kecik je.. Tapi disebabkan diapersnya dah agak berat, die tak selesa.. Dan akhirnya Papa dan Yan yang menggantikan diapers Mama.. Malu ke? Tak payah malula…
Elok-elok je lepas tu, ramai sedara mara yang datang melawat.. silih berganti.. Owh anak-anak Yan pun dapat meloloskan diri naik ke wad berjumpa Nenek.. Dalam kul 4 camtu, Yan mintak diri nak balik dulu.. Dalam perjalanan ke Lobi, terserempak dengan Kak Shely..Emm Imran dan Ammar kalau nampak makcik diorg yang sorang ni, harus melekat tak ingat Mak Bapak dah.. Terus je kata tak nak balik.. Sabo jela.. Yang si Ammar pun sama, tapi disebabkan Kak Shely datang sorang, kami bawak gak Ammar balik walaupun die terpekik terlolong nak tinggal…
Itulah cerita berpuasa hari kedua .. Balik-balik terus g Pasar Juadah.. Tak larat nak masak dah.. Nampaknya tiap hari lah camtu…

Leave a comment »

Tentang Mama – 29/07/2009

Buat kawan-kawan yang mengikuti perkembangan tentang Mama, terbaru Yan diberitahu, Mama tak jadi dibedah buat kali keDUA.. Sebelum ni Mama pun pernah diarahkan berpuasa dan duduk di wad tapi pembedahan tidak dapat dibuat kerana katil di wad ICU penuh.. Bila Yan dapat tahu je pagi tadi, Yan tak tahu gambarkan perasaan.. Apapun mungkin ada hikmah disebalik kejadian-kejadian ini.. Yan tak putus-putus doa semoga Allah memberikan yang TERBAIK untuk Mama.. Terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa bersama Yan..Mungkin ini adalah yang TERBAIK buat masa ini..
“Sayangilah ibu kita sebagai mana mereka amat menyayangi kita.. Dan semoga Allah menyayangi Ibu kita sebagaimana Ibu kita menyayangi kita”

Leave a comment »

Tentang Mama

Selasa lepas, banyak pulak cerita pada hari selasa ye? My Mama buat prosedur masukkan kamera tu kan (tak tau istilahnya) .. And the result, ada 3 saluran di kepala yang hampir tersumbat.. 3 bukan 1 seperti yg dikatakan sebelum ini.. Macam manala ble tersumbat…? Yan pun tak tau la.. My mum ni takdela gemuk sangat sampai banyak kolesterol or lemak sampai bole menyumbat saluran darah die.. dan, dr. bagi mama balik sementara diorg nak discuss pasal macam mana cara nak selelsaikan masalah ni…
Yan takde idea, dan sebenarnya terkilan tak dapat melawat walau 1 hari pun selama 3 hari Mama kat wad HUKM. Yan agak tertekan sebab tak dengar sendiri daripada dr. result rawatan tu… Macam ade yang tak cukup maklumat … bengang jer.. Yang teman Mama kat sana cuma Papa.. Sampaila Mama balik hari Rabu lepas baru dapat jumpa.. dan pastinya penerangan daripada MaPa tak sedetail dr. Urgh … habit Yan yang kengkadang Yan sendiri tak boleh terima… Hanya mendengar dan bertanya pada yang profesional or specialist tentang sesuatu.. Selagi tak dengar sendiri dan tengok, macam tak caya jer.. But, as for this case, Yan terpaksa akur.. dan sentiasa menunggu dan cuba bersedia dengan apepun cadangan dr. As long as bende tu tak berbahaya pada Mama.. dan kesan sampingannya tidak terlalu memudaratkan.. Tapi, setahu Yan, bila ada saja prosedur or apepun berkenaan kepala, kesan sampingannya agak menyedihkan… Yan cuba untuk tak fikir pasal benda-benda tak pasti… Tapi sedikit sebanyak adelah jugak kan… ok.. itu cerita tentang Mama Yan…

Leave a comment »