Archive for October, 2009

Memperkenalkan …. My Third Baby..

Nama: Tak muktamad lagi..
Tarikh lahir : 18/ 10/ 2009
Waktu lahir : 11:23pg
Berat lahir : 2.6kg
Tempat lahir : Metro Maternity Banting

Okay.. ini namanya short update.. utk rakan-rakan yang tertanya kenapa Yan lama tak update … Alhamdulillah.. Yan telah selamat melahirkan Baby Boy lagi.. Sekarang Yan berpantang dirumah sendiri.. dengan bantuan Mr. Hubby dan Mama dan Mak..

Tapi, sekarang ni, My Baby dimasukkan ke Metro balik sebab kene kuning.. Emm sedih sebenarnya.. semalam bila nurse yang datang buat inspection kata kene g klinik wat test darah, Yan dah rasa down dah.. Tapi wat jugakla.. Yela.. nak wat cemana kan… Bila dah g tu, wat test, memang ada .. dah dr. suruh g hospital plak.. pastu nak wat test lagi… bukan terus admit ward pun.. so, setelah Yan dan Mr. Hubby bincang2 dan dapatkan maklumat dengan metro dan kawan Yan yang ade pengalaman anak kuning, kitorg pun decide nak hantar Baby g Metro .. Takpelah.. kene bayar pun.. Janji anak Yan dapat rawatan segera..
Lagipun bila kene kuning ni rawatannye adalah duduk bawak lampu..
Jadi, lepas hantar baby ke metro, Yan pun balik.. Walaupun baru beberapa hari bersama baby, tapi bila malam tadi, Yan rasa sedih sangat.. rasa macam kosong je.. Ye la.. selalu ade je yang nak ditengok, di ulit… Lebih2 lagi Yan kene bengkak susu pulak.. sakitnya , jgn cakapla.. nak peluk2 Ammar pun tak berani.. die kan lasak.. Yan pun tido je la..
Dalam diam, Yan nangis teringat baby.. Mr. Hubby tanya, nak tengok baby ke? Yan fikir-fikir balik, tak payahlah..nanti Yan dok nangis lebih2 lak.. biarlah die dok bawah lampu tu.. bukan die ke mana pun.. ni pun Yan tengah tunggu Metro bagitau result test untuk hari ni.. Kalau baby dah okay, bolela amik bawak balik..
Okay, itu dulu update setakat ni.. kalau ada free lagi, Yan update .. Owh mungkin bila dah daftar nama baby nanti..
Advertisements

Leave a comment »

Check up 37 weeks – last check up?

Esok Yan ada check up lagi.. Mengikut kebiasaan, bila dah pregnant 36 minggu ke atas dan yg dah mula raa sakit sikit macam Yan, dr. akan buat pemeriksaan bukaan. Kengkadang tanpa disangka kita rupanya dah ada bukaan 2 cm.. Bila dah ada bukaan, sudah tentu kene tahan punya.. Tapi Yan tak kisah, kalau kene tahan kat Metro.. Tapi kalau kene tahan kat Hospital? Oh tidak… Yan tak sanggup menghadapi situasi itu lagi…
Emm.. bukan nak kutuk or ape la.. mungkin Yan tak biasa berkongsi tempat dengan ramai orang yang ntah pape perangai dan penyakit.. Jadi, kalau orang sebelah tu dok termenung, kita pun naik seriau.. ade pulak yang tak habis-habis sendawa keluarkan angin.. ade pulak yang kehulu ke hilir.. sangat mengganggu minda.. Okay, Yan memang poyo sket tentang hal ni.. Tapi itu pengalaman Yan semasa menunggu bukaan bagi kelahiran anak pertama (Imran)..
Masa Ammar pulak, memang Yan tak kene tunggu lama.. terus je masuk labour room.. Tukar-tukar baju dah kene baring kat atas katil tu tunggu masa yg sesuai untuk meneran..
Tak taula apa pula pengalaman yang bakal Yan tempuhi untuk kelahiran ke 3 ni.. Cuma yang istimewa kali ini, harapan Yan untuk ditemani Mr. Hubby hampir tercapai.. Itu salah satu sebab mengapa Yan pilih untuk bersalin di private..
Kenapa Yan kata HAMPIR? Ye la.. 2 tahun lepas pun masa nak lahirkan Ammar, Yan punya impian yang sama.. Tapi dah ditakdirkan Mr. Hubby tak sempat sampai masa Yan dok bertarung disebabkan terperangkap dalam kesesakan lalulintas.. Nak buat cemana kan… Yang menemani Yan masa dalam kesakitan hanya Mama… Tu pun sampai dah nampak kepala baby je.. pastu dr. mintak keluar.. pasal suami je yg boleh teman… Nangis Yan masa tu.. Dah la sakit.. sorang-sorang pulak.. Namun, alhamdulillah.. selamat gak melahirkan budak masam tu..
Agak-agaknya Yan dah ble bersalin ke esok?
* 2 tahun lepas Mr. Hubby perlu berkursus selama 6 bulan dan hanya balik pada hujung minggu bila tiada aktiviti.

Leave a comment »

Contraction Part 1…

Nak cerita sket… Sebenarnya semalam malam Yan dah mula sakit / kontraksi.. tapi , tak berapa kuat sangat lagi… Mr. Hubby dah mula resah gelisah… biasalah.. die kan suka buat sesuatu dengan perancangan.. kalau Yan dah mula muka cemek-cemek kesakitan tu die pun dah fikir macam macam.. Kesian pulak.. Tapi Yan nak kasi die relax sket, Yan bagitaula.. Ni sakit tipu-tipu je.. lum nak bersalin lagi.. Nanti kalau dah keluar tanda-tanda macam cecair / lendir / darah baru la boleh g klinik dan urus ape yg patut.. Emm.. sakit tu sentiasa berterusan.. tapi Yan masih boleh tidur lagi.. Yang kelakarnya, pagi tadi, Yan kejut Mr. Hubby untuk g keje… Die punya bangun.. macam orang terkejut, Yan pun terkejut tengok… Hahaha… Geli hati pulak.. Macam nak bersalin anak pertama… Relax Pa, masanya akan tiba…

Emm.. pagi ni hingga sekarang, adela sekali sekala baby mengeras dan rasa menegang.. Anyway, for this time (dah no. 3 kan..) Yan rasa, Yan perlu lebih relax.. tak payah kelam kabut. Sebab dah tau dah sakitnya macam mana.. Kalau Ammar dulu, Yan boleh tak perasan yang Yan ni dah mula kontraksi.. tapi kali ni, Yan dah tau dah.. Yan sempat siapkan minit mesyuarat yg baru je minggu lepas meetingnya.. dan kalau petang ni Yan lum keluar tanda lagi, Yan nak siapkan dokumen-dokumen yang lain..

Sebenarnya tak berapa suka kawan-kawan pejabat rasa terbeban dengan kerja-kerja Yan yang tinggal… Tu yang sebolehnya Yan cuba buat mana yang sempat… harap-harap kepada kawan yang terpaksa tanggung tugas Yan nanti, tak rasa susah dan marah ye…

Leave a comment »

Menghitung Hari

Yan sekarang boleh dikatakan menunggu hari.. Last Monday g wat scan 4D.. Untuk tahu kedudukan baby.. Kedudukan uri dan last sekali jantina baby.. Alhamdulillah.. Kedudukan kepala baby dibahagian bawah.. dah masuk tulang pelvis .. Dah engage.. Masa scan, my baby tengah bermuka masam.. mirip wajah Ammar.. berat jangkaan, 2.8kg.. dan dijangka tak lebih 3.0kg.. berpadananlah dengan berat Yan yg tak naik banyak.. sekarang ni cuma 56 -58 kg.. tak sampai 60kg.. Dan jantina baby? It’s a BOY again.. Bak kata dr. Terserlah kelelakiannya… Tetapi, nak confirm, tunggula baby keluar kan.. Manelah tau… Semuanya terletak pada ketentuan Allah.. Yan pun redha je la.. Kalau lelaki, cukuplah 4 lelaki terdekat dalam hidup Yan untuk memegang / mengangkat 4 bucu usungan keranda Yan nanti.. Kalau perempuan, bolela Yan wat teman pilih pilih kain nanti… InsyaAllah…
Barang-barang baby pun dah siap sedia dalam beg.. termasuk brg Yan..
Kabinet baju budak-budak ni pun dah siap pasang dan berkemas…
Kerja-kerja major kat pejabat pun Yan dah siapkan.. dan dah letak kat dekstop supaya bos senang nak akses..
Cuma sedang menunggu hari nye je lagi..Mintak semua mendoakan Yan dan baby selamat..InsyaAllah Yan akan cuba sentiasa update dari masa ke semasa… Jumpa lagi ya..

Leave a comment »

Koleksi kain Cotton & Viscose

Kain-kain ni nak buat baju kurung …Semua kain ni (kecuali 3 dari kanan) kene rendam dulu sebelum potong..

Untuk merapatkan struktur jalinan / ikatan kain (jenis viscose, cotton dan kasarubiah)

Ini kain ela untuk baju melayu Mr. Hubby dan anak-anak.. ( cotton s.b line)
Mr. Hubby punya pilihan untuk raya tahun depan.. Mr. Hubby seorang yang sangat-sangat memilih dalam bab pakaian.. Apasal awal sangat pilih tema? Memang kebiasaan .. kami akan siapkan baju-baju raya tahun depan sebelum raya haji.. lagipun, anak-anak Yan cepat membesar.. Mesti raya haji nanti diorg dah tak muat pakai baju raya tahun ni… Sebenarnya Mr. Hubby ada satu lagi kain untuk baju melayu.. s.b. line ungu (bos Mr. Hubby bagi).. tu lum carik yang sedondon dengan anak-anak..
Nasiblah pekerjaan Mr. Hubby ni memang selalu gak pakai baju kebangsaan ni full set.. Jadik, takdelah istilah membazir buat baju melayu banyak-banyak.. Begitu juga baju batik.. Apa saja warna baju batik Yan, mesti Mr. Hubby ada yang sama. Harus sedondon gitu..
Hahahaha.. Kami sebenarnya ada sikap yang sama kan? Sikap apa tu?

Leave a comment »

Gambar-gambar Produk Pilihan

Gel Sireh Emas
Set Lengkap 12 minggu – 44 hari pantang

Bengkung Moden

Breast Pump.. (Azam baru anak ketiga)

Confine Mum Set A (Leesa Formula)

Leave a comment »

Produk pilihan

Kita cerita pasal produk yang Yan akan guna sepanjang berpantang nanti.. Saje nak cuba Leesa.. sebab Yan dah dapatkan feed back daripada kawan-kawan yang breastfeed anak-anak diorg, Leesa formula ni takde bagi effect pada baby.. Kalau dulu, Yan makan Mustika Ratu.. Apapun keberkesanan sesuatu produk bergantung pada penggunanya juga.. Cuma harapan Yan, semuanya akan baik-baik sahaja..
Tak ketinggalan juga disamping Leesa, Yan sebenarnya ambil Salindah.. sejak minggu ke 12 lagi.. dan akan terus juga mengambilnya sehingga habis pantang.. (Yan memang amik full set) Semua anak-anak Yan, Yan memang makan Salindah… Sorry, gambar takde .. tapi korang sume pun tau macam mane rupanya kan.. ubatnye manis je.. kemam dan telan.. cuma lepas bersalin die ade tonik.. (cecair) tapi pun takdela teruk rasanya.. okay je..
Selain daripada jamu-jamu tu.. untuk luka jahitan, Yan amalkan lepas buang air, keringkan, dan tekap pula dengan air garam (guna kapas) pastu sapu pulak dengan jel gamat.. insyaAllah.. dalam 1 minggu jahitan dah bercantum..
Untuk bengkung, sebelum-sebelum ni Yan sapu perut dengan Minyak Herbanika (Nona Roguy) pastu baru lilit bengkung.. Tapi , kali ni Yan nak cuba produk baru yang lebih mudah iaitu gel sireh dan bengkung moden.. Yan dapatkan produk ni melalui online… belum sampai lagi.. Nanti kalau dah sampai, Yan upload gambarnya ye.. Okay.. Rasanya setakat tu je dulu update untuk produk pilihan Yan semasa mengandung dan berpantang…

Leave a comment »